Ianya lahir daripada ketamakan bekas ketua pembangkang itu sendiri yang mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Bermula dengan kekosongan yang dirancang di Kajang, Anwar dikhabarkan 90% ketika itu akan mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang tersebut.
Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat takkan mahu menjadi ADUN biasa sahaja di dalam DUN Selangor. Sebagai Ketua Umum PKR, sudah tentu langkahnya berada dalam DUN itu untuk menjadi MB Selangor.
Maka hasil ketamakan inilah membuatkan semua mula berpecah belah apabila Anwar gagal dijadikan calon tetapi menjadikan Wan Azizah sebagai proksi ketika itu. Kemenangan Wan Azizah tidak menjamin kedudukannya menjadi Menteri Besar.
Maka ketika itu PAS pro kepada Azmin dan DAP pro kepada Wan Azizah dan PKR terbahagi kepada penyokong Presiden PKR dan Timbalan Presiden PKR yang kebetulan yang dirancang menjadikan kedua-duanya berada dalam Dewan Rakyat yang sama.
Maka bibit perpecahan berlaku apabila Azmin yang bertindak bijak menggatur langkah untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar membimbangkan DAP. Maka DAP mula menyerang PAS.
Maka sehingga kini kita dapat lihat Azmin masih lagi menyebelahi PAS dan DAP tetap menyerang PAS dan Azmin. Jadi semua episod yang berlangsung ini bermula dari siapa? Tidak lain tidak bukan adalah Anwar Bin Ibrahim!
K7L : Untuk kedudukan kawan sendiri pun Anwar boleh jual...
0 ulasan:
Post a Comment