24/03/2016

Marah Sebab Kantoi Rumah - Diarahkan Untuk Robohkan Premis Di Tepi Laut?



Adakah usaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) meroboh berberapa premis di tepi laut di Bayu Senja Batu Feringghi semalam sebagai usaha untuk menutup skandal banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng ? 

Ia merujuk kepada beberapa premis milik Melayu di belakang Condominium By The Sea telah diroboh MBPP yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din dan Rosli Bakar dan empat lagi pengusaha sukan air dirobohkan.

Perobohan adalah atas alasan chalet dan perniagaan-perniagaan di situ tidak mempunyai lesen perniagaan dan pembinaan bangunan tersebut juga adalah secara haram.

Pengusaha terkejut kerana tidak dimaklumkan atau diberi notis sebelum mereka merobohkan premis.

Tambahnya lagi kehidupan golongan bawahan di Pulau Pinang sentiasa dilanda masalah akibat polisi pilih kasih MBPP.

Ada maklumat yang menyatakan terdapat aduan daripada pihak Condominium By The Sea kepada MBPP bahawa premis-premis tersebut telah mencemari keindahan kawasan pantai di sini.

Sekarang ni semakin susah untuk mencari rezeki di negeri Pulau Pinang atas ketegasan pihak MBPP, sedangkan banyak lagi premis bukan milik Melayu dibiarkan beroperasi, padahal status mereka juga meragukan dan haram

 

 

Sumber : Azman Haj

K7L : Tak ada notis pergi roboh kenapa?.. 

1 ulasan:

  1. Kesian, setelah sekian lama berniaga di sini, sekarang hilang periuk nasi. Allah swt maha berkuasa, kita lihatlah nanti.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk