15/03/2016

LGE Lantik MP Seremban Jadi Pengarah Perbadanan Bukit Bendera? @datukhuan


 
Keris menyokong kenyataan yang dikeluarkan Datuk Huan Cheng Huan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia yang serius dalam membawa isu rakyat Pulau Pinang. Kegilaan pemerintahan DAP di Pulau Pinang semakin teruk.

Bukankah gila sekiranya Ahli Parlimen Seremban yang berada di Negeri Sembilan dilantik menjadi Pengarah Perbadanan Bukit Bendera? Apakah sudah tidak ada individu yang lebih layak dan berasal daripada Bukit Bendera?


Bukankah ini merupakan satu penghinaan kepada ornag Pulau Pinang. Begitu rendah pandangan anak kelahiran negeri Johor yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ini terhadap rakyat Pulau Pinang.

Sebab itu mengapa perlu pilih DAP pada PRU14 nanti? DAP yang sudah dua penggal memerintah Pulau Pinang masih tidak percaya dengan kebolehan anak jati Pulau Pinang? Apakah sudah tidak wujud pemimpin kelahiran Pulau Pinang di situ?

Apapun tindakan sebegini harus dihukum. Hukum DAP dengan mengalahkan mereka dan menyerahkan kembali kepada Barisan Nasional agar tiada lagi wujud lantikan-lantikan yang tidak profesional.

Dan kepada PAS dan PKR jangan lupa kerana Orang Penang PKR dibuang tapi DAP ambil dari Seremban. Masih nak bagi muka? 

K7L : Jalan sendiri jelah parti masing-masing.. 

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk