21/03/2016

Ambila Tindakan Pada Penerima Unit PPR Yang Jadikan Rumah Sewa!




Pemantauan sedang dilakukan bagi mengesan penerima rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menyewakan atau menjual unit mereka kepada orang lain. Ini berlaku selepas tindakan segelintir penerima PPR yang menyewakannya kepada Pendatang Asing Tanpa Izin.

Ada penerima PPR tidak layak menerima kemudahan itu termasuk ada yang mendapat hingga 10 unit lalu menyewakan dengan harga RM400 kepada orang lain dan ada aduan diterima unit rumah PPR turut dijual.

Apa yang buat Menteri kecewa adalah apabila ramai yang memohon untuk mendapatkan PPR tetapi tidak berjaya tetapi ada penerima menyalahgunakan kemudahan itu. 

Ada lebih kurang 100,000 rumah PPR di seluruh negara dan pemantauan tertumpu di kawasan Lembah Klang, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Pada pendapat Keris seharusnya tindakan keras diambil. Aneh juga bagaimana boleh menerima sampai 10 unit. Ramai lagi yang memerlukan untuk menduduki rumah PPR. Ini masalah sikap segelintir rakyat Malaysia.

Kata susah dan minta bantuan. Bila dibagi bantuan pergi sewakan pada warga asing. Itu bukan bijak tetapi bodoh. Nak terasa?

K7L : Minta tindakan diambil segera..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk