21/03/2016

Berdepan Hukuman Penjara? - LGE Semakin Bimbang!



Guan Eng kini berdepan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah diatas skandal banglo mewah yang dibeli dengan harga sangat murah di Jalan Pinhorn, P.Pinang.

Ketika ini, Guan Eng langsung tidak menjelaskan mengenai salahguna kuasa yang dilakukannya didalam urusan pembelian banglo berkenaan, sebaliknya Ketua Menteri terbabit sibuk mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor iaitu Datuk Shabudin Yahaya.

Guan Eng juga dilihat mahu berdalih dari menjawab mengenai skandal banglo berkenaan apabila hanya bercakap mengenai YB Shabudin. Guan Eng sepatutnya bekerjasama dengan pihak SPRM jika benar tiada salahguna kuasa dilakukan.

Rakyat kini melihat dengan serius tindakan pemimpin DAP ini didalam skandal banglo mewah tersebut. Rakyat P.Pinang tidak mahu seorang Ketua Menteri yang menyalahguna kuasa demi kepentingan peribadi.


Lim sebelum ini mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Katanya transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.

Rakyat ingin tahu kenapa Lim Guan Eng tidak atau menolak untuk tinggal di rumah rasmi Ketua Menteri. Apakah sebenarnya yang berlaku?

K7L : Siapa Phang?...

3 ulasan:

  1. Mana pegi budak champion rapiji.. nurul... jijah.... champion buat lapuran kesalahan agencies kjaan walau fakta tipu... kes tokong ni mana suara rapiji...jijah nurul dan aljuboori...?

    ReplyDelete
  2. Tuhan Maha Esa.. Maha Bijaksanan. Lagi diserang Najib lagi terburai puak mereka.

    Apa lagi nak dinafikan. Tanah PPRT di negeri yang sgt mahal hartanah, rakyat dihalau, Ketua Menteri yang berkawan dengan Mahadey ini merompak dengan rakus.. tanpa belas kasihan..

    ini terang2 hak rakyat.. bukan duit derma yang dipusing2 ckp oleh mereka.


    Kaedah merompak mereka ditutup ialah dgn generate fitnah byk2 kpd pihak lawan..supaya semua mata rakyat tertumpu pada orang yang difitnah.. maka mereka seronoklah merompak.. sbb rakyat lihat orang lain!

    ReplyDelete
  3. Dia pun bekas banduan...masuk jel sekali lagi pun ok juga

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk