Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata setiap anggota Parlimen perlu berbahas dengan kebenaran dan tidak membawa ideologi politik dalam setiap perbahasan.
"Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk membawakan masalah mereka ke Parlimen untuk diselesaikan namun kekecewaan rakyat pada Parlimen bermula apabila anggota Parlimen berbahas sebagai ahli politik," katanya. - Bernama
Sememangnya hari ini pembangkang yang ada didalam Dewan Rakyat berbicara atas kapasiti parti dan menyerang pihak kerajaan juga atas kapasiti parti. Itu belum lagi nak kira provokasi serupa beruk.
Bercakap jerit terlolong macam MP Kuala Langat yang tak guna sesen tu. Yang tak mahu cakap bahasa Melayu macam MP Kuching. Yang tak faham bahasa macam MP Sepang dan berlagak pandai tapi bebal macam MP Pokok Sena.
Paling teruk sekali Guan Eng yang menjadi Ahli Parlimen Bagan walaupun dia juga adalah Adun Air Putih. Banyak betul kerusi dia nak pegang sekali dengan Ketua Menteri walaupun dia adalah Ahli DAP Kota Melaka. Macam hebat sangat.
Sudahlah jarang datang Dewan Rakyat. Bila datang dia buat provokasi serupa mawas terlepas zoo. Ini semua memang kena ubah. Terpekik terlolong macam di pasar. Bila MP Barisan Nasional nak bercakap mereka semua bertukar jadi lalat.
K7L : Kena tukar perangai.. jangan asyik fikir diri hebat je..tu jadi mawas..
0 ulasan:
Post a Comment