10/03/2016
Beza Hospital Swasta Dan Hospital Kerajaan! - Tolong Jangan Kufur Nikmat!
22:30
1 comment
Tabir kain, yang mengelilingi katil pesakit dalam sebuah wad di salah sebuah hospital awam di sini, tertutup begitu rapat.
Peperiksaan akhir kursus perubatan sedang berlangsung dan seorang mahasiswa perubatan "seperti cacing kepanasan" bila beliau disoal secara bertalu-talu oleh para pemeriksa tentang keadaan kesihatan pesakit tersebut.
Deringan loceng menandakan waktu untuk pelajar tersebut telah tamat dan beliau dengan begitu lega sekali keluar meninggalkan wad itu, manakala para pemeriksa pun mengambil peluang untuk berehat seketika.
"Rakyat Malaysia begitu beruntung. Mereka menikmati kemudahan kesihatan yang antara terbaik di dunia," kata Dr K. Prataap dari Kolej Perubatan Madras.
Dr Prataap merupakan salah seorang pemeriksa luar yang dijemput untuk menilai prestasi mahasiswa perubatan tempatan dalam peperiksaan tersebut.
BERMUTU TAPI MAMPU
Kata Dr Prataap, kerajaan Malaysia memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang mampu dibayar oleh penduduk negara ini.
"Rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih atas perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang disediakan kerajaan yang sudah tentunya membelanjakan jumlah yang besar dalam bajet tahunannya untuk tujuan tersebut," kata beliau.
Dr Prataap berkata beliau kagum dengan wujudnya pusat-pusat kesihatan, klinik dan hospital awam yang banyak di Malaysia.
"Sudah tentu rakyat Malaysia menikmati kemudahan perubatan antara yang terbaik di dunia. Infrastruktur perubatan di negara ini adalah lebih baik daripada beberapa negara lain yang dianggap lebih maju".
Beliau berkata Malaysia mempunyai klinik kesihatan awam di merata tempat termasuk juga di kawasan-kawasan pedalaman. Manakala penduduknya menerima kemudahan perubatan yang telah disubsidi oleh kerajaan, sesuatu yang tidak berlaku di negara-negara lain.
"Lihatlah klinik dan pusat kesihatan awam di sini (Malaysia). Kemudahan ini dilengkapi dengan kakitangan kesihatan terlatih serta ubat yang mencukupi. Begitu mengagumkan," katanya kepada Bernama.
HOSPITAL, UBAT
Dr Prataap berkata di negara-negara lain, orang ramai hanya boleh mendapatkan rawatan di klinik awam pesakit luar sahaja.
"Di klinik-klinik ini, doktor akan memeriksa pesakit dan memberitahu diagnosis. Bagi kes yang agak berat, pesakit akan dirujuk ke hospital tapi bayaran untuk rawatan hospital dan prosedur-prosedur lain amat mahal".
Ujar beliau, jika rakyat tiada insurans perubatan, amatlah sukar bagi mereka untuk mendapat rawatan kerana tiada subsidi dari kerajaan mereka.
Bagi mereka yang dianggap hanya sakit biasa, akan diberi preskripsi ubat sahaja.
"Tapi ubat tiada di situ (klinik awam) dan terpaksa dibeli di farmasi luar. Rakyat Malaysia memang beruntung kerana semuanya terdapat di bawah satu bumbung dan amat murah, seolah-olah percuma sahaja.
"Hinggakan rakyat asing seperti pekerja-pekerja kontrak dapat ubat yang begitu murah dari hospital awam," kata pensyarah Kolej Perubatan Madras tersebut.
PEKERJA SOSIAL
Pekerja sosial Lim Kui Seng bersetuju dengan pandangan Dr Prataap.
"Perhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia. Di negara lain, jika anda tidak mampu, anda tidak akan dapat rawatan perubatan kerana kos yang mahal.
"Tapi situasi ini tidak berlaku di Malaysia, sekurang-kurangnya dengan kerajaan yang memerintah sekarang yang meletakkan keutamaan terhadap penjagaan kesihatan rakyat," kata Lim.
Jelas beliau, rakyat Malaysia tidak boleh memberi alasan yang mereka tidak mempunyai kewangan cukup untuk mendapatkan rawatan perubatan.
"Mereka boleh mendapat bantuan dari badan-badan seperti Perkeso. Bagi orang Islam, ada badan-badan seperti Baitulmal yang memberi bantuan untuk menampung kos rawatan perubatan," kata Lim lagi.
Mengikut Dr Prataap, di negara lain jika seseorang tidak mempunyai wang bermakna beliau tidak akan mendapat kemudahan rawatan perubatan.
"Tiada wang, tiadalah rawatan. Akhirnya mereka yang sakit akan sengsara," kata beliau.
SUBSIDI YANG BANYAK
Bagi Dr Hassan Eusofee, kos penjagaan kesihatan rakyat Malaysia telah disubsidikan dengan begitu banyak oleh kerajaan.
"Contohnya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Institusi ini menanggung subsidi yang begitu banyak bagi orang awam yang mendapat rawatan di klinik pesakit luarnya.
Pusat tersebut juga menanggung kos rawatan kakitangan kerajaan dan mereka yang telah bersara. Mereka ini tidak perlu membayar apa-apa untuk rawatan pesakit luar dan diberi kadar yang begitu murah untuk rawatan pesakit dalam. Manakala kos-kos prosedur-prosedur lain seperti pembedahan, CAT Scan dan ultrasound adalah juga percuma.
"Kalau kena bayar pun, hanya merupakan jumlah yang kecil amat sahaja, contohnya hanya RM6 sehari untuk tinggal dan mendapat rawatan di wad".
Bagi Dr Hassan, adalah agak pelik jika ada orang yang mengatakan kos ubat di institusi kesihatan awam adalah mahal.
"Cuba dapatkan ubat-ubat ini di tempat lain -- klinik atau hospital swasta. Sudah tentu empat atau lima kali lebih mahal daripada PPUM," kata doktor graduan Universiti Malaya (UM) itu.
Lim menjelaskan, pesakit yang dikenakan bil perkhidmatan yang tinggi, mereka boleh membayar secara ansuran.
"Hospital-hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) atau PPUM tidak seteruk yang disangka sesetengah pihak. Institusi ini memberi rawatan terbaik dan dilengkapi peralatan terkini.
"Walau bagaimanapun, sumber kewangan mereka agak sempit kerana institusi-institusi ini tidak menerima pulangan sepatutnya daripada perkhidmatan mereka".
Jelas beliau lagi, hospital kerajaan terpaksa menampung jumlah pesakit yang begitu tinggi, jadi kalau orang ramai merungut tentang tempoh menunggu yang lama, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
"Sudah tentu hospital-hospital swasta memberi kemewahan seperti bilik berhawa dingin, dengan TV Astro. Tapi adakah pihak umum pernah menyoal yang kakitangan sokongan mereka seperti jururawat terlatih atau sebaliknya".
JURURAWAT TIDAK TERLATIH
Kata Dr Hassan, orang ramai tidak sedar yang beberapa pusat perubatan swasta mengambil mereka yang tidak terlatih bekerja sebagai jururawat.
"Beroperasi daripada beberapa buah rumah kedai yang telah diubahsuai, pusat-pusat perubatan swasta ini biasanya tidak mempunyai pakar-pakar sendiri dan bergantung kepada doktor-doktor serta pakar-pakar luar".
Pakar-pakar ini biasanya akan melawat pusat-pusat tersebut hanya sekali atau dua kali seminggu dan akan menulis rancangan rawatan yang akan dijalankan oleh jururawat atau doktor lain di institusi-institusi itu, tambah beliau.
Seperti apa yang dikatakan Dr Prataap, rakyat Malaysia begitu beruntung dengan kualiti penjagaan kesihatan yang cukup murah di negara ini.
Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang begitu prihatin terhadap kualiti hidup rakyat negara ini.
K7L : Orang yang duduk di India cemburu dengan rakyat Malaysia..
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2016
(610)
-
▼
March
(133)
- Flip-Flop Bagi Jawapan - Kini LGE Menggelabah Tak ...
- Mana Dokumen Penjualan Tanah PPRT Taman Manggis?
- Semua Pemimpin DAP Diarah Tutup Mulut Selepas Kes ...
- Akuan Bersumpah Phang Adalah Palsu? - Guan Eng Sem...
- Tranformasi Parlimen Gagal Kalau Wujud Orang Macam...
- @cq_rain Sound Azmin Ali Korbankan Diri Buat Isu U...
- Antara Jawapan-Jawapan Mengapa Harga Rumah LGE Re...
- Feng Shui Punca Harga Rumah Jadi Murah - LGE Tak P...
- Mana @rafiziramli Yang Nak Jadi Hero Pendedahan Ke...
- Ketua Pembangkang DAP Melaka Jadi ADUN Bebas - Apa...
- KJ Beri Nasihat Kepada LGE Supaya Atasi Masalah Bu...
- Iklan Troll No Swimming Pool Buatkan DAP Marah?
- Pelajar Jepun Bercakap Melayu Lebih Baik Daripada ...
- LGE Dapat Diskaun Tak Apa - Tony Pua Desak Mansuh ...
- BN Pulau Pinang Pernah Nak Beli Tanah Taman Manggis?
- Bukti Projek BN Lebih Baik Daripada DAP?
- Mula Tak Tahu - Sekarang Tahu Pula Nilai Hartanah ...
- Media Asing Bantu Lindungi Cerita #Rasuah LGE Deng...
- Maklumat Perbezaan Harga Rumah Jiran Guan Eng Deng...
- Tak Dapat Giliran Haji Kerana Percaya Fitnah - Sal...
- Lim Guan Eng Terbukti Bersalah?
- Siapa Yang Zalim? - DAP Atau BN Di Pulau Pinang?
- Isu Skandal Rumah Jalan Pinhorn - Taman Manggis Ag...
- Video Pendedahan Datuk Shabudin Yang Amat Dibenci ...
- Video : Provokasi Guan Eng Untuk Dihalau Selepas P...
- MP Pembangkang Desak SPRM Cepat Siasat Kes Guan Eng?
- LGE Patut Contohi @KhairyKJ - Tak Lari Dan Benar B...
- Marah Sebab Kantoi Rumah - Diarahkan Untuk Robohka...
- Molotov Koktel Pada Kereta CM Dan Peluru Pos Pada ...
- PAS Berterusan Menyerang DAP - Petanda BN Kekal Re...
- Guan Eng Lari Ke Luar Negara Cari Idea Jawab Rasuah?
- Buat Info Palsu Untuk Rakyat Lupa Kes Rasuah Guan ...
- Cerita Kantoi Rasuah Guan Eng? - Taman Manggis Jug...
- Buat Info Palsu Untuk Rakyat Lupa Kes Rasuah Guan ...
- Matematik Mudah Kira Harga Rumah - Hanya Ketua Men...
- Kebenaran Di Sebalik Insiden Kit Siang Dihalau Di ...
- 8 Soalan Yang Kita Tahu Lim Guan Eng Berbohong Pas...
- Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Turki!
- Rakyat Malaysia Ada Masalah Gigi?
- Lim Guan Eng Perlu Jelaskan Dan Sedia Disiasat!
- PAS Pula Desak Musuh Mereka Disiasat SPRM Segera?
- Siapa Miss Phang Dan Hubungan Istimewa Dengan LGE ...
- Berdepan Hukuman Penjara? - LGE Semakin Bimbang!
- PAS Berbaik Dengan UMNO Sakitkan Hati DAP?
- Ambila Tindakan Pada Penerima Unit PPR Yang Jadika...
- Penjawat Awam Diberi Amaran Jangan Join 27 Mac Ini?
- Siapa Yang Zalim Pada Peniaga?
- Kronologi 'Skandal Banglo Lim Guan Eng' Tersebar?
- Masalah Remaja! Apa Yang Kita Perlu Tahu?
- Rahman Dahalan Sebat Muka LGE Pasal Rumah Mampu Mi...
- Azmin Ali Kena Sound Sebab Nak Bawa Syiah Ke Selan...
- Usul Turunkan Potret PM Gagal - Harap Tiada Mahasi...
- Rasuah Guan Eng? - Harga Kolam Renang Lebih Mahal ...
- PasMa Pula Masuk Gelanggang Panaskan PAS-UMNO?
- Kumpulan Bank Dunia Puji Kewangan Malaysia - Mana ...
- Ng Suee Lim Tak Jaga Rakyat Sekinchan? - DAP Meman...
- #Throwbcak DAP Pecat PAS Sebelum Ini - PKR Baru Ke...
- PKR Sedia Bersama PAS Sebab DAP Tak Henti Serang A...
- Rafizi Kena Lagi - Kali Ini Dengan MP Kota Tinggi ...
- Tahukah Anda Daripada 170 Buah Negara Pengguna Pet...
- Akhirnya! DAP Mula Berasa Bimbang Dengan Pakatan B...
- Tahniah! Sarawak Mansuhkan Cukai Tanah!
- Land For The Landless - FELDA Tetap Dijaga Oleh Ba...
- Azmin Malu Besar Kelmarin - Akhirnya Malaysia Tahu...
- Cassandra Who? Dah Boleh Berambus Daripada Malaysia!
- Kesan Cuaca Panas Yang Melanda Negara - Apa Perlu ...
- LGE Lantik MP Seremban Jadi Pengarah Perbadanan Bu...
- #Throwback Siapa Ambiga Yang Merupakan Anti-Islam ...
- DAP Yakin Boleh Benam PAS Pada PRU14?
- Wan Azizah Goyang Nak Hadapi PAS Untuk PRU14?
- PAS Akhirnya Sedar Selama Ini Jadi Tunggangan DAP ...
- 60 Meter Persegi - Dua Bilik - RM400000 - Rumah Ma...
- Percaya Laporan WSJ Berbanding Fakta Sebenar?
- Kenapa Perlu Rahsiakan Rahsia Kerajaan?
- Rafizi Merayu Untuk Undi Tak Percaya - Dia Jaga PK...
- Kita Desak Deklarasi Dana Yang PKR-DAP-LFL-Bersih ...
- Rafizi Cuba Kelirukan Fakta Sebenar Perihal Tabung...
- Rafizi Macam Budak-Budak Kata MP PAS Kuala Nerus?
- Gaya Azmin Persis Diktaktor Kawal PBT Di Selangor?
- Kit Siang Perlu Letak Jawatan Jika Tak Hormat YDP ...
- PAS Akan Bekerjasama Dengan Siapa? - Mengejutkan A...
- 3 Universiti Di Malaysia Berada Dalam Top 60 Dunia!
- PKR Diarahkan Amuk Di Pulau Pinang? - Arahan Siapa?
- Husam Pula Ingin Cuba Nasib Bertanding Presiden PAS?
- Beza Hospital Swasta Dan Hospital Kerajaan! - Tolo...
- #Throwback Pengurangan Caruman KWSP Untuk Bantu Ra...
- Malaysia Tidak Beri Peluang Kepada Kumpulan Ekstre...
- Buat YB #RafiziBergurau - Ini Kit Mudah Pasal Tabu...
- Harga Barang Naik? Jadilah Pengguna Bijak!
- PKR Sertai Deklarasi Rakyat Untuk Halalkan Kesalah...
- Ringgit Cecah Paras Terbaik - Ada Yang Nak Cakap B...
- Apa Lagi Gurauan Rafizi Pasal Tabung Haji? #Rafizi...
- Lihat Sendiri Bagaimana Pakatan Rendahkan Negarawan!
- Fenomena Gerhana - Ramai Terlupa Akan Solat Sunat ...
- Pekeliling Untuk Perbelanjaan Kerajaan - Langkah B...
- Apa Yang Sedang Berlaku Dalam Poliik Melayu? - Ber...
- Astro Menipu Pelanggan? - Mohon MCMC Ambil Tindaka...
- Jangan Cuba Untuk Percaya DAP Sekalipun Dia Menyok...
- Pembangkang Tak Burukkan Negara - Habis Ini Bukti ...
- Pemimpin MCA & MIC Sokong Penuh Kerajaan BN & @Naj...
-
▼
March
(133)
Mmg bersyukur...
ReplyDelete