30/03/2016

Iklan Troll No Swimming Pool Buatkan DAP Marah?



Troll berbaur politik yang dibuat oleh Nandos suatu ketika dahulu menjadi bahan jenaka puak-puak DAP. Malahan mereka sendiri tolong share dan terus menerus mengutuk Datuk Ahmad Maslan ketika itu.

Apa Tok Mat buat? Dia rilek sahaja tak melatah dan terus buat kerja. Tetapi baru-baru ini ada iklan yang bercakap pasal No Swimming So High Prices, terus sahaja DAP melompat-lompat mengamuk.


Manakah laungan kebebasan bersuara terutamanya parti bersih, suci dan
keramat, DAP.  Schohns Canteen memuatnaikkan dua iklan di laman sosial Facebook, berunsur satira untuk menyindir DAP (bahasa anak muda sekarang memanggilnya 'troll'), DAP meloncat-loncat menyuruh kedai tersebut menurunkan iklan berkenaan. 


Iklan tersbut dilihat seperti provokasi isu ketiadaan kolam renang dan harga yang tidak tinggi yang melibatkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendapat diskaun yang tinggi di dalam pembelian rumah beliau di Jalan Pinhorn. 


Pegawai Komunikasi Media DAP, Medaline Chang telah meminta restoren berkenaan untuk membuang iklan berkenaan atau DAP akan mengambil tindakan selanjutnya.

Inilah cara kebebasan bersuara ala DAP. Bila kena pada Kerajaan dan Barisan Nasional, mereka akan menganggap sebagai jenaka dan bahan lawak. Bila kena  batang hidung sendiri, mulalah guna saluran parti untuk membuat tindakan undang-undang.


K7L : Tenang sudah.. time kena diri sendiri meroyan bagai..

1 ulasan:

  1. APA KAH KITA SUDAH LUPA "KARIKATOR KANGKONG" ? Puak-puak DAP ni tunggu ada kuasa seluruh M'sia je. Bila dia orang dapat....MMMMMM taulah korang nasib masing-masing. Itu baru PPinang. Hampir habis tanah mereka jual kepada "tawkeh" Kalau dibiarkan,"THE WHOLE ISLAND OF PP CONSIDERED SOLD" (Bak kata peniaga barangan kaca: NICE TO SEE AND NICE TO HOLD, BUT ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD" KITA WAJAR MULAKAN KEMPEN: " NO TO DAP/KAMI TAK NAK DAP". "PILIH PEMBANGKANG PASTI TERKANGKANG / JATUH TERLENTANG/PENTADBIRAN LINTANG PUKANG"

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk