17/03/2016

PKR Sedia Bersama PAS Sebab DAP Tak Henti Serang Azmin?


 

Perang saudara yang tercetus diantara Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR (Lebih berpengaruh berbanding Wan Azizah) dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng nampaknya belum reda.

Bermula satu persatu dan tercetusnya di Pulau Pinang membuatkan hubungan PKR-DAP berantakan dan sedang menanti belah. Yang itu singkir orang DAP, yang sana pula pecat orang PKR.

Semua ini terjadi kerana keduanya tidak bersependapat dan mempunyai cita-cita yang sama iaitu sebagai Ketua Pembangkang sekaligus calon Perdana Menteri bagi Pakatan Pembangkang.

Namun pertikaian demi pertikaian saban hari berlaku, Azmin tampak ingin mencuba pintu yang lain pula. Memandangkan  Azmin sendiri terhutang budi dengan PAS Selangor, kemungkinan PKR untuk bersama PAS agak tinggi.

Kesediaan untuk bersama dengan PAS tidak mungkin diumumkan dalammasa terdekat namun tidak terkejut jika ia diumumkan tatkala kempen PRU14 sedang dijalankan. Nak tanya juga siapa DAP pada hati mereka?

K7L : Banyak hal..

1 ulasan:

  1. yang paling lawak, umno perasan yang pas nak baik dgn depa.hahahahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk