21/03/2016

Siapa Yang Zalim Pada Peniaga?



Dalam hal ini, kita tak boleh nak letakkan kesalahan 100% kepada pihak penguatkuasa sebab mereka hanya menjalankan tugas mereka, malah apa yang mereka buat adalah betul kalau mengikut peraturan yang ditetapkan. Itu kalau kita nilai dari segi peraturan dan undang-undang, tapi jika dinilai dari aspek budi bicara dan kemanusiaan, mungkin terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki dan diperhalusi.

Ini kerana mungkin terdapat banyak kekangan bagi peniaga-peniaga kecil ini untuk mendapatkan lesen dan permit seperti tiada kenderaan, kekurangan wang atau tiada masa untuk pergi ke pejabat-pejabat kerajaan bagi memohon lesen dan permit perniagaan, maka kita mudahkan proses dan urusan permohonan permit dan lesen untuk mereka berniaga tanpa perlu mereka baut urusan secara berdepan, bantu mereka memindahkan gerai ke tempat yang dibenarkan dan sebagainya.

Pihak berkuasa sekali sekala perlulah dilihat sebagai pihak yang sering membantu dan memudahkan rakyat, berbanding dilihat sering menyusahkan mereka dengan ketegasan dan karenah birokrasi.

Apapun kita juga kena lihat sikap peniaga yang degil. Bukan semua tempat boleh berniaga dan 'gunapakai' nama "melayu nak berniaga' untuk tutup kesalahan. Keris bercakap benda yang dirasakan sahaja.

Kalau berniaga tepi jalan yang akhirnya boleh menyebabkan kemalangan ataupun kesesakan kan tak bagus? Sama-sama kita buat perkara yang baik dan selesaikan sebaiknya. Jangan jadi macam negeri Pembangkang, tak salah pun mereka rampas.

K7L : Yang itu baru zalim...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk