Ketua Umum Pakatan pembangkang, Dr. Wan Azizah hari ini mengumumkan mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak untuk sama-sama menyelamatkan Malaysia.
Ini mungkin merupakan mesej kepada DAP bahawa PKR juga boleh menukar haluan sekiranya DAP terus tidak mahu berkompromi dengan PKR di Pulau Pinang. Ada mungkin juga PKR goyang setelah melihat PAS bersedia dengan Pakatan Baharu?
Dan ada kemungkinan 'U-Turn' ini untuk memalukan Tun Dr Mahathir yang sebelum ini bersama-sama membuat Deklarasi. Namun begitu ini juga merupakan bukti PKR bukanlah satu parti yang ada 'firm stand'.
Mereka ini hanya berupaya untuk menjadi 'lalang politik'. Ikut mana yang mereka rasa selamat, mereka hembus sahaja. Kesian sebenarnya dengan PKR. Sepatutnya dibubarkan sahaja.
Kerana Penasihat parti sudah terang-terang mempunyai masalah nafsu seks songsang. Ada Presiden bercakap tak reti, buat kerja tak pandai, apatah lagi menguruskan Parti. Ada Timbalan kerja asyik nak jatuhkan Presiden.
Ada SUA kerja asyik memfitnah. Yang seorang lagi asyik meroyan. Lagi satu tah siapa tak ambil tahu tapi yang pastinya PKR kini diambang kekeliruan. Kecelaruan perjuangan politik membuatkan mereka tidak mampu berdiri jika dihembus badai politik.
Namun kenyataan yang dihamburkan berkaitan mahu bekerjasama dengan BN untuk selamatkan Malaysia agak aneh. Mungkinkah hanya propaganda ataupun ianya merupakan perancangan mereka memandangkan DAP juga berusaha membenam parti mereka?
Dalam masa yang sama PKR juga mungkin goyang dengan Pakatan Baharu PAS. Kini PKR tengah mencari dahan yang kuat untuk berpaut sekiranya Tsunami Politik bakal berlaku sekali lagi namun Tsunami Melayu pula pada PRU14?
K7L : Jangan sesekali percaya orang DAP dan PKR..mereka penipu...
0 ulasan:
Post a Comment