09/03/2016

Ringgit Cecah Paras Terbaik - Ada Yang Nak Cakap Buruk Lagi?


 

Ringgit buat pertama kalinya ditutup pada paras di bawah RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak Ogos tahun lalu, dengan peningkatan harga minyak dunia menghampiri AS$40 (RM164) setong dilihat membantu meningkatkan nilai mata wang itu.

Pada penutupan pukul 5 petang, ringgit diniagakan RM4.095 berbanding dolar AS iaitu paras terbaiknya sejak 18 Ogos 2015. Malah pada sesi pembukaan ringgit berlegar sekitar RM4.079.

Penganalisis Affin Hwang Investment Bank Bhd., Alan Tan berkata, buat masa ini tiada sebab lain yang mengukuhkan nilai ringgit melainkan kenaikan harga mi­nyak.

“Pergerakan ringgit adalah selari dengan harga komoditi itu. Walaupun banyak faktor yang boleh diambil kira tetapi peningkatan harga minyak menjadi sebab utama. Namun dijangkakan ringgit akan terus kekal sekitar RM4.10 hingga RM4.20 sehingga akhir tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minyak jenis Brent yang menjadi rujukan pasaran Eropah dan Asia diniagakan pada AS$39.30 (RM160.90) setong hari ini, yang tertinggi sejak Disember 2015.

Harga minyak telah meningkat secara perlahan sejak mencecah harga terendah di bawah paras AS$30 (RM123) setong pada pertengahan Januari. Hal itu berikutan langkah dua pengeluar minyak terbesar dunia Rusia dan Arab Saudi yang bersetuju untuk mengawal pengeluaran minyak masing-masing.

Malah menurut Menteri Minyak Nigeria, beberapa negara pengeluar minyak dunia akan mengadakan perjumpaan pada 20 Mac ini untuk membincangkan lebih lan­jut me­ngenai usaha mengurangkan kadar pengeluaran minyak masing-masing.

Kata Tan lagi, selain faktor harga minyak, asas-asas ekonomi tempatan yang baik turut membolehkan kedudukan ringgit stabil. Asas ekonomi itu berkait rapat dengan usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan negara yang terkawal serta kedudukan akaun semasa negara yang berlebihan, katanya.

“Pengukuhan ringgit ini akan memulihkan sentimen kepada negara. Ia pada masa boleh membantu negara menaikkan semula rizab mata wang asing,” katanya.

Beliau berkata, harapan untuk menyaksikan nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS tidak akan mengakibatkan eksport negara menjadi tidak kompetitif.

Tambahnya, kejatuhan eksport negara bagi Januari yang diumumkan Jumaat lalu lebih disebabkan kejatuhan eksport perlombongan dan galian negara terutamanya minyak dan gas kesan akibat lebihan pengeluaran minyak dunia.

Bagi Januari 2016, lebihan perdagangan negara telah merosot kepada RM5.4 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu berjumlah RM9 bilion. Malaysia me­ngalami penurunan eksport seba­nyak RM1.8 bilion, kepada RM61.85 bilion dan mencatatkan peningkatan import RM1.8 bilion kepada RM56.46 bilion sepanjang bulan tersebut.

Pada masa sama, menurut pe­ngumpulan maklumat saham oleh MIDF Research pelabur-pelabur ­asing telah mula menempatkan dana masing-masing ke negara ini. Jelas firma itu, sepanjang minggu lalu pelabur-pelabur asing mem­belanjakan RM972 juta untuk membeli saham-saham tempatan.

Sepanjang Februari, pelabur-pelabur asing membelanjakan RM570 juta untuk membeli saham-saham di Bursa Malaysia, sekali gus ia kali pertama berlakunya lebihan pembelian saham oleh pelabur ­asing dalam tempoh empat bulan.

Kemerosotan ringgit juga dikatakan berpunca daripada tindakan pelabur-pelabur asing melupuskan pemilikan saham mereka di Bursa Malaysia, bagi memindahkan dana masing-masing ke pasaran kewa­ngan AS.
K7L : Mana nak mengarut...

1 ulasan:

  1. brapa lama? Turun naik..turun naik..apapun Ringgit masih lemah..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk