08/03/2016

Pembangkang Tak Burukkan Negara - Habis Ini Bukti Apa?


 

Bukan kami yang burukkan nama negara." Demikian reaksi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah ketika diminta mengulas soal titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga menyambut baik titah ucapan tersebut.

"Saya rasa kalau nak kata yang memalukan negara itu, bukan kami. Saya 'stop' di sini kerana saya bukan dalam dewan," katanya pada sidang media.

Tuanku Abdul Halim dalam ucapan perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-13 tadi bertitah, agar semua ahli Parlimen berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama yang melelahkan rakyat dan kerajaan.

Baginda juga bertitah agar semua pihak mengelakkan daripada memburuk-burukkan negara di mata masyarakat antarabangsa. - Sinar Harian


Siapa agaknya yang memburukkan negara diluar? Ini bukti apa ya? 



1. Anwar Ibrahim memburukkan  Malaysia dalam satu forum bersama dengan pelajar Indonesia pada 30 Julai 2011. Anwar menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

2. Ketua Biro Pembangunan Ekonomi Perak Chong Zhemin menempelak Khairy dengan menggunakan alasan bahawa Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa apabila Khairy menolak atlet Israel untuk mengambil bahagian di Malaysia. Satu dunia kecoh pasal benda itu.

3. Anwar Ibrahim memberi gambaran negatif tentang Malaysia dalam wawancara dengan British Broadcasting Company (BBC).

4. Anwar cuba membawa tragedi MH370 sebagai satu isu untuk dibangkitkan dengan menyalahkan kerajaan Malaysia.

Eh banyak sangatlah. Tapi ini antara bukti yang Anwar Ibrahim antara individu paling banyak memburukkan Malaysia di mata dunia. Itupun kalau Wan Azizah tak tahu. Janganlah berlakon tak tahu macam mana dia 'terkejut' sifat songsang suaminya.

K7L : What stays in Malaysia should stays in Malaysia..

1 ulasan:

  1. Nampakje macam baik, bertudung litup tapi hati busuk macam longkang. Demi tamak kuasa APA pun sanggup dilakukan. Dengan penyokong bebal kau kau boleh tipu boleh berlakunlah, dengan aku, SORRYlah...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk