16/03/2016

Kesan Cuaca Panas Yang Melanda Negara - Apa Perlu Buat?



Semasa cuaca panas terik ini adalah penting untuk kita semua menjaga kesihatan dengan banyak minum air. Badan lebih cepat terhidrasi atau kurang air walaupun duduk dalam tempat berhawa dingin. Tambahan lagi aktiviti luar yang memang terkena cuaca panas.

Strok haba atau selaran cahaya matahari yang teruk boleh menyebabkan penyakit kita bertambah teruk. Misalnya batuk atau asma mungkin makin menjadi-jadi ketika ini. 


Masalah kulit gatal-gatal juga. Apalagi yang boleh kita buat nak elakkan semua ni? Takkan kita nak jadi mangsa sebab musim panas ni kan?

Risiko Mangsa Cuaca Panas

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

  1. Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  2. Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  3. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  4. Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  5. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  6. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. Maka pakaila pakai menutup aurat yang longgar seupaya pengudaraan lebih baik. :)

Gejala Cuaca Panas Melampau 

Akibat dari terdedah dengan suhu dan haba cuaca melampau ni, kita mungkin boleh mengalami ;

  1. Sakit kepala
  2. Keletihan
  3. Lemah tumpuan
  4. Pening
  5. Lemah otot–otot atau kekejangan
  6. Mual dan muntah
  7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Sekiranya gejala diatas berlaku, anda perlu;

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Minum air isotonik terbaik sebab ada opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Pakai krim pelindung suria, SPF 50 keatas sekiranya nak keluar rumah.
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Elakkan:

  1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  3. Bersenam dalam cuaca panas


Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

  1. Keluar dari kawasan yang panas
  2. Tanggalkan pakaian yang ketat (pakai pakaian yang longgar la ye? jgn bikini pulak)
  3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  5. Minum air setiap 15 minit
  6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Banyakkan minum air kosong itu kuncinya. Jangan tunggu berasa haus baru nak minum. Sentiasa ingat untuk membawa bekalan air ketika keluar rumah. Apapun kita sama-sama hadapi musim panas ini.

K7L : Jangan ada yang salahkan Najib punca Malaysia panas sudah lah...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk