21/03/2016

Kronologi 'Skandal Banglo Lim Guan Eng' Tersebar?



Guan Eng sepatutnya meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan dan menyatakan kesediaan beliau untuk disiasat bagi membuktikan dirinya tidak bersalah tetapi apa yang berlaku setakat ini adalah sebaliknya.

Ternyata, ramai terutama pada penyokong DAP berasa kecewa dengan jawapan balas ini dan selepas ini, dijangka lebih ramai lagi terutama mereka yang mengundi DAP pada pilihan raya yang lalu akan kecewa jika siasatan SPRM mendapati bahawa Guan Eng bersalah atas salah guna kuasa dalam isu pembelian banglonya itu, sama seperti kes yang pernah menimpa Dr. Mohamed Khir Toyo.

Untuk rekod, Dr. Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 bulan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau didapati bersalah atas pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli hanya pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

Nampaknya, Guan Eng yang sering mengakui dirinya suci selama ini dengan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) itu rupanya adalah manusia yang berbohong serta tidak lari daripada salah guna kuasa,

K7L : Guan Eng perlu letak jawatan nampaknya..

1 ulasan:

  1. Jangan haraplah tokong tu betul2 bersih....
    Apabila dh berkuasa dan gagal mendengar pendapat kwn atau lawan....rasuah akan jadi mainan hidup.Tambah lagi klu terlalu khuatir kedudukan dan kuasa semakin tergugat.Pemilihan CEC pun penuh dgn drama dan blm lagi disahkan oleh ROS.Kenapa????Tiada kredibiliti dlm memimpin.Sesiapa yg cuba menentang akan dijatuhkan seolah2 dia adalah maharaja cina yg paling agung.
    Tak heran lama-kelamaan unsur2 dan amalan rasuah akan jadi meluas dlm puak dapigs.
    Tiada APA yg nak disembunyikan lagi...terimalah hakikat bhw anda seorg pengamal rasuah.CAT buangkan shj ke dlm lubang najis!!!!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk