Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus. Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
Gerhana Matahari penuh.
Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?
Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita ruku’. Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:
– Niat dan takbiratul ihram
Niat solat sunat gerhana Bulan:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niat solat gerhana Matahari:
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
-surah Al Fatihah
-surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-baca surah fatihah
-baca surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-sujud
-duduk antara dua sujud
-sujud kedua
-bangun untuk rakaat kedua
Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua kali ruku’.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.
Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
Kredit kepada Cikgu Hamzah yang sudi berkongsi ilmu dengan kita semua.
K7L : Rehat kejap dari politik..
0 ulasan:
Post a Comment