Pengerusi Pakatan Harapan Pusat yang hadir dalam Ceramah Politik di BDC, Sabtu lalu telah menaikkan kemarahan serta persepsi negatif di kalangan rakyat Negeri Sarawak terutama mereka yang mengenali Tun Mahathir.
"Saya hidup dari zaman Tun Abdul Razak.
"Zaman Tun Mahathirlah paling banyak kontroversi dan krisis cuma disebabkan adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), rakyat tidak berani bersuara," katanya
Abdul Rahim Mat yang merupakan seorang pesara tentera menambah, zaman Tun Mahathir jauh lebih susah dari apa yang dihadapi sekarang. Orang dah lupa bagaimana kesusahannya sebab sekarang hidup kita sebenarnya jauh lebih senang.
Manakala Lim, seorang peniaga kedai buku yang turut hadir pada ceramah tersebut memberitahu pemberita kehadirannya hanya sekadar melihat ceramah politik.
"Berdasarkan fakta dan sejarah, saya tidak dapat memberikan kepercayaan walaupun sekadar 50% kepada Tun kerana apa yang dilakukannya sekarang terlalu jelas mempergunakan Pakatan Harapan (PH) terutamanya Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk kepentingan politik sahaja," tegas Lim.
Beliau menambah, terlalu mudah untuk seorang yang sangat berpengalaman dalam politik seperti Tun untuk mengubah pendiriannya dan bekerjasama dengan sebuah parti yang amat dibencinya dahulu.
"Saya pengundi atas pagar. Apa yang belaku dalam parti pembangkang sekarang tidak mustahil akan menjadikan saya penyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.
Linggir anak Jambu,40, seorang jurukimpal kapal berbangsa Iban pula berpendapat, ceramah politik Tun Mahathir hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
"Bila Tun bercakap tentang pembinaan lebuhraya Pan Borneo, kekuatannya hilang.
"Tun seakan-akan memperli serta tidak yakin tentang projek tersebut dengan berpendapat menelan belanja yang besar dan sukar di realisasikan," katanya.
Katanya, mungkin Tun terlepas fakta atau terlupa sembilan daripada dua belas pakej pembinaan lebuhraya tersebut, mendahului jadual. Memang pembinaan lebuhraya ini sedang pesat dijalankan.
Beliau yang kecewa dengan ucapan Mahathir berkaitan Pan Borneo berkata, jika mereka (Pakatan Harapan) itulah kerajaan yang bakal dipilih rakyat Sarawak, jelas sekali mereka tidak akan melaksanakan Lebuh Raya Pan Borneo atas alasan kos yang tinggi dan sukar.
Sementara itu, seorang pelajar di sebuah IPT yang hanya mahu dikenali sebagai Bong yang baru pertama kali hadir melihat sendiri ceramah politik PH pula memberikan pandangan yang amat berbeza daripada respondan lain.
"Selama ini, saya hanya banyak membaca di laman-laman web, blog, facebook dan portal politik pembangkang dan kadangkala kerajaan.
"Saya tidak menyangka, ceramah politik PH terlalu banyak unsur-unsur kebencian seperti ini," jelas Bong.
Beliau mengakui tidak selesa kerana penceramah terlalu banyak bercakap dalam nada suara yang keras dan marah
Mengulas lanjut Bong menjelaskan, berbeza dengan membaca, ceramah politik PH baginya terlalu agresif dan sasaran adalah untuk membangkitkan rasa marah dan benci di kalangan penyokong yang hadir.
"Saya suka dan percaya pemimpin seperti Tok Nan. Lebih santai dan penuh dengan gurauan," kata Bong.
Tambahnya, Tok Nan pernah berkali-kali mengingatkan rakyat Sarawak dimana sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, kunjungan Tun Mahathir ke Sarawak dapat dihitung dengan jari.
"Mengapa baru sekarang dia beria-ia memperjuangkan kita di Sarawak?" luah Bong.
Menjawab pertanyaan parti mana yang menjadi pilihan beliau pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, beliau berkata, "undi adalah rahsia, namun kita perlu bijak dan matang dalam menilai fakta,". - Sarawakiana
Kini Mahathir dilihat sebagai badut Politik yang tamakkan kuasa. Baru sekarang datang ke Sarawak. Dulu diinjak-injak sahaja dan merasa diri kuat serta diktaktor dengan Akta ISAnya. Kini nak jadi hero Sarawak?
K7L : Apa lagi Madey mahu?..
0 ulasan:
Post a Comment