20/09/2017

Siapa Jual Saham TNB dan Telekom Secara Sulit? #RCIForex



Nampaknya semakin hari semakin banyak maklumat yang mana selama ini orang ingat Tun M seorang yang suci muci dalam bab memerintah. Siapa jangka ketirisan yang berlaku secara senyap dan sulit sehinggakan hari ini baru diketahui melalui siasatan.

Pada pendengaran RCI tidak lama dahulu oleh bekas TPM dan Menteri Kewangan antara 1991 dan 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi keterangan bahawa pembelian saham-saham TM dan TNB adalah untuk menghalang bank pusat daripada merosot.

Penjualan saham Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd. (TM) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990 dibuat secara sulit untuk menutup kerugian pertukaran asing (forex), beritahu bekas timbalan setiausaha kewangan Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Othman memberitahu bahawa penjualan saham itu dibuat untuk menyelamatkan bank pusat bagi menampung rizab (yang mengalami kerugian berjumlah RM8.5 bilion) akan dilakukan secara sulit melalui Rashid Hussein Securities Sdn. Bhd.

Dedah Othman lagi, keputusan untuk menjual saham itu dibuat semasa mesyuarat yang diadakan pada November 1994 yang dihadiri oleh bekas setiausaha perbendaharaan, Datuk Seri Clifford Herbert, bekas Timbalan Gabenor BNM serta Ketua Audit Negara. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat mengingat orang lain yang hadir.

Othman menambah bahawa dia tidak mengetahui siapa yang membuat keputusan itu, atau apa yang dipertimbangkan. Jadi persoalannya, apakah Tun M yang menjadi Perdana Menteri ketika itu boleh berkata 'Saya tidak tahu' dalam kes ini?

Lihat video di MyNewsHub

K7L : Alamak!.. Apa cerita...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk