25/09/2017

#DELeaks - Strategi Azmin Untuk Jadi MB Selangor Didedahkan?


(klik gambar untuk besarkan imej)


KEBANGSATAN AZMIN ALI : JALAN BELAKANG YANG JIJIK DAN HINA

Kelmarin, Azmin Ali menyambut ulang tahun ketiga pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor ke-15.  Lebih manis, sambutan kali ini dibuat selepas Azmin berjaya menjual negeri ini kepada orang-orang kaya di China dalam apa yang didakwanya sebagai usaha menarik pelaburan asing ke Selangor.

Elok sekiranya kita singkap sedikit bagaimana anak didik Anwar Ibrahim ini diangkat sebagai Menteri Besar. Anak-anak muda khususnya yang baru nak berjinak dengan politik negara perlu tahu sejarah ini.

Tidak seperti kebanyakan Menteri Besar atau Ketua Menteri lain, Azmin naik melalui ‘jalan belakang’ yang serba tempang. Jalan belakang ini dikenali sebagai Langkah Kajang atau Kajang Move. Strategi penuh licik, jijik dan hina ini diatur oleh bekas Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan izin dan restu oleh Ketua Umum (Ketum), Anwar bin Ibrahim dan Presiden, Wan Azizah (Nek Wan).

Secara umumnya, Langkah Kajang direncanakan sebagai jalan singkat untuk menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas PKR gagal memaksa Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim berundur secara terhormat.

Berikut kami nukilkan semula catatan-catatan penting di sebalik langkah politik paling bangsat ini :-

27 Januari 2014 – ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dipilih sebagai korban pertama Kajang Move. Beliau mengumumkan peletakan jawatan sekaligus mengosongkan kerusi DUN tersebut. Rafizi Ramli kemudiannya tampil melalui satu kenyataan memaklumkan pengosongan ini diterima dan direstui kepimpinan parti bagi membuka jalan kepada Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan penyandang sedia ada, Tan Sri Khalid Ibrahim.

11 Mac 2014 – Penamaan Calon | Selepas Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, PKR terpaksa menaikkan Wan Azizah selaku calon. Ketempangan pertama Langkah Kajang dikesan. Wan Azizah bukan pilihan terbaik. Banyak masalah akan timbul tetapi Rafizi terpaksa meneruskan ideanya meskipun dibantah oleh Ambiga, Latheefa Koya dan beberapa orang pemimpin pembangkang lain terutamanya daripada PAS.

23 Mac 2014 – Hari PRK | Wan Azizah diumumkan sebagai pemenang. PKR berusaha mencadangkan nama Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. PAS menolak. Desas-desus semakin kuat mengatakan Sultan Selangor juga tidak bersetuju.

3 April 2014 – Tan Sri Khalid Ibrahim dipaksa letak jawatan tetapi beliau enggan. Percakaran dalaman PKR semakin parah. Rafizi diminta menyelesaikan kemelut yang berlaku. Dengan kerjasama beberapa orang pemimpin PKR yang lain seperti Saifuddin Nasution dan Azmin Ali sendiri, Rafizi merancang fitnah besar ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mei – Jun 2014 – Perpecahan PKR semakin ketara | PKR Selangor berpecah kepada dua kumpulan besar iaitu Kumpulan TS Khalid Ibrahim dan Kumpulan Wan Azizah. Pemilihan PKR Selangor berlangsung dalam suasana tegang termasuk pergaduhan antara penyokong yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Akhirnya TS Khalid Ibrahim tewas dalam pemilihan dan dipaksa letak jawatan selaku Menteri Besar.

Jun – Julai 2014 – Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada TS Khalid Ibrahim dan menolak cadangan pelantikan Wan Azizah. Hadi memberi alasan tiada sebab untuk TS Khalid Ibrahim diturunkan, sementara Wan Azizah pula seorang wanita warga emas yang tidak layak memimpin negeri.

1 Ogos 2014 – Lim Guan Eng mewakili DAP mula masuk campur dan menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

4 Ogos 2014 – Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bukti 90 muka surat salah laku TS Khalid Ibrahim. Fitnah pertama saiz mega rekayasa oleh Rafizi Ramli dan Azmin Ali ini mula diusung ke seluruh pelosok negeri melalui ceramah, forum dan sebagainya.

5 Ogos 2014 – Bersandarkan bukti 90 muka surat tersebut, Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada TS Khalid Ibrahim bagi mendesak beliau berundur dalam tempoh 7 hari.

9 Ogos 2014 – TS Khalid Ibrahim dipecat secara rasmi daripada PKR tetapi beliau masih enggan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Selangor kerana percaya masih mendapat sokongan majoriti dewan dan tiada arahan rasmi daripada Istana. Azmin Ali mula hasut ahli-ahli DUN dari PAS dan DAP agar mengundi tidak percaya ke atas TS Khalid Ibrahim. Akibat tekanan pelbagai sudut termasuk ke atas keluarganya, akhirnya TS Khalid berundur sebagai korban kedua Kajang Move sekaligus memberi kemenangan awal kepada Azmin Ali.

23 September 2014 – Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar ke-15 menggantikan TS Khalid Ibrahim. Namun Azmin bukan pilihan utama Sultan Selangor sebaliknya calon ketiga dan terakhir selepas Wan Azizah ditolak oleh Istana manakala PAS pula enggan menyahut cadangan menghantar calon untuk dipersembahkan kepada Sultan.

Demikian secara ringkas bagaimana Azmin Ali naik jadi Menteri Besar melalui jalan paling bangsat dalam sejarah politik di Selangor.

Lebih bangsat, selepas dinobatkan sebagai Menteri Besar, Azmin dengan penuh dendam dan keangkuhan telah memecat pegawai-pegawai kerajaan negeri yang pernah berkhidmat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim manakala peruntukan untuk DUN Pelabuhan Klang pula dihentikan serta merta sebagai balasan terhadap bekas Menteri Besar itu.

Selesai bahagian pertama KEBANGSATAN AZMIN ALI.

-D.E Leaks

K7L : Nah terduduk kau kalau baca...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk