21/09/2017

Mana Pergi Dana Projek Tebatan Banjir Penang Dari Kerajaan Pusat?




Aneh! Sungguh aneh apabila ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo meminta Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dalam menangani isu banjir.

GEORGETOWN - Adun Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berharap kerajaan persekutuan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana banjir memberi kesan kepada rakyat dan ia perlu ditangani segera tanpa mengira fahaman politik.

"Kita perlu bekerjasama untuk manfaat rakyat, tidak mahu tuding menuding jari antara satu sama lain. Rakyat yang kena banjir bukan dari Pakatan sahaja.

“Oleh itu kita perlu laksanakan segera projek Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Pinang ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jagdeep yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri berkata pihaknya memohon agar kerajaan persekutuan mempercepatkan projek tebatan berkenaan.

"Sungai pinang adalah satu sungai yang besar di negeri ini yang merentasi terutamanya kawasan bandar DUN (Dewan Undangan Negeri) saya dan Sungai Pinang sudah dikenal pasti sejak tahun 1990-an oleh kerajaan persekutuan yang perlu dilaksanakan Rancangan Tebatan Banjir.

"Projek ini ada empat Fasa. Fasa 1 ialah pada 1999 di mana di muara sungai ini telah pun diperbesar dan diperdalamkan. Apabila Fasa 1 habis dilaksanakan, ia langsung tidak diteruskan,” katanya.

Dikatakan banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya ini Jumaat lepas adalah disebabkan Taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa.

Sebanyak 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh. - Bernama


Alamak! Persoalannya sekarang, kemana pergi peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM22.09 juta? Dah lama beri dana untuk tebatan banjir namun tidak ada penambahbaikan malahan kes banjir menjadi lebih teruk saban tahun.

Ini yang menjadi seribu satu tanda tanya. Mungkinkah wang yang sepatutnya digunakan bagi tebatan banjir telah disalahguna atau diseleweng untuk membuat projek-projek mega yang akhirnya memberi kesan buruk kepada Pulau Pinang akibat pembangunan tanpa kawalan?

Kini Lim Guan Eng harus menjawab persoalan berikut dan bertanggung jawab bagi masalah banjir yang sedang berlaku. Jangan tiba-tiba masa ini mahu suruh tanya Tuhan seperti RSN Nayer yang merupakan belaan kesayangan Guan Eng.

K7L : Banjir..oh Banjir..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk