23/09/2017

Melabur Wang KWSP Bermakna Jual KWSP Kepada Amerika?


Memahami sesuatu perkara dan menyiasat adalah satu sifat yang baik. Dalam arab disebut sebagai Tabayyun, mencari kebenaran dalam sesuatu perkara. Selepas tersebar video penuh transkrip pertemuan Najib-Trump, ramai yang termakan hasutan tentang wang KWSP yang kononnya digunakan untuk pembangunan Amerika.


YAB PM telah mengumumkan bahawa Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur di Amerika. Ramai yang menghasut dengan soalan mengapa kerajaan perlu beli pesawat Boeing yang baru serta KWSP melabur dalam pasaran ekuiti dan bon AS.

Unutk pengetahuan umum, setelah MAS dihancurkan oleh Tun Mahathir, YAB PM kini cuba memperbaiki semula MAS melalui plan transformasi MAS dibawah CEO Peter Bellew. Maka dalam melaksanakan transformasi yang sudah mula menampakkan hasil, langkah seterusnya adalah dengan membeli pesawat baru, menambah destinasi sertameningkatkan jumlah penumpang. Ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


Sekali lagi, untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini, KWSP telah melabur hampir 8 Billion US Dollar di Amerika. Penambahan sebanyak lebih kurang 4 Billion US Dollar ini merupakan pelaburan susulan prestasi baik pulangan KWSP di Amerika. Perlu diingatkan bahawa KWSP dibawah pentadbiran YAB PM telah berjaya memberikan pulangan dividen yang tinggi kepada pencarum.

K7L : Kita bukan cari salah tapi kita buat kerja... itu Najib Razak..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk