27/09/2017

Projek Empangan Bakun - Apa Salah Mahathir?



10 FAKTA MENARIK YANG MUNGKIN ANDA TIDAK KETAHUI MENGENAI PROJEK EMPANGAN BAKUN

1. Projek Bakun bukanlah idea Tun Dr Mahathir Mohamed seperti didakwa beberapa pihak. Sebaliknya rancangan pembinaan empangan itu telah bermula seawal tahun 1960-an melalui kerja-kerja mengukur tanah dan beberapa kajian yang dilakukan pada tahun 1980-an.

2. Perancangan Projek Bakun telah dipertimbangkan untuk diteruskan pada 1986, tetapi ditangguhkan pada tahun 1990 disebabkan unjuran kegunaan elektrik yang merosot susulan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan untuk memberi fokus kepada pembangunan industri gas asli negara.

3. Pada tahun 1993, Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mencadangkan agar Projek Bakun diteruskan. Pembinaan Empangan Bakun telah dimulakan pada 1994 dengan jangkaan masa siap selama 10 tahun, tetapi ditangguhkan sekali lagi pada 1997 atas alasan krisis ekonomi negara.

4. Projek Bakun telah diswastakan kepada Bakun Hydro-Electric Corporation (BHC) yang diketuai oleh Ekran Berhad milik taikun pembalakan dan juga sahabat baik Dr Mahathir, Tan Sri Tim Phek Khiing dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerajaan negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (Sesco), dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC).

5. Penswastaan Projek Bakun telah menimbulkan kontroversi apabila Ekran Berhad diberikan projek tersebut tanpa tender, walaupun tidak mempunyai pengalaman berkaitan pembinaan empangan. Hal tersebut dibangkitkan semasa sidang Dewan Rakyat pada 12 April 1994 oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh (ketika itu), Datuk Wan Omar Wan Majid.

6. Dr Mahathir telah mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion bagi pembinaan Projek Bakun, namun sehingga kini kedua agensi simpanan terbabit masih belum menerima laba (keuntungan) pinjaman dalam projek berkenaan.

7. Ekran Berhad telah menuntut bayaran RM2.2 bilion dari kerajaan Malaysia akibat keputusan Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan projek berkenaan. Namun melalui rundingan, kerajaan ketika itu telah bersetuju membayar pampasan ‘kontroversi’ berjumlah RM712.9 juta kepada Ekran Berhad.

8. Tan Sri Tim Phek Khiing sekali lagi diberikan tender membina empangan kekotak (cofferdam) berjumlah RM200 juta melalui syarikat Global Uphill Sdn Bhd pada 2001 oleh Dr Mahathir Mohamed atas alasan bahawa ahli perniagaan tersebut merupakan seorang yang ‘jujur’.

9. Empangan Bakun telah disiapkan pada 2012 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dengan kos RM 15 bilion, 2.5 kali ganda dari nilai asal, RM6 bilion akibat kelewatan pembinaan, pembayaran pampasan dan kos tambahan yang timbul. Empangan Bakun telah ditauliahkan pada Julai 2014.

10. Pada Ogos 2017, kerajaan Sarawak melalui anak syarikatnya, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menandatangi perjanjian dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan nilai RM2.5 bilion, menjadikan negeri itu sebagai pemilik rasmi Empangan Bakun.

K7L : Tq Wak sebab bagi Info..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk