21/09/2017

DS Zainal Abidin Jawab Permintaan ADUN Datuk Keramat Hal Banjir!



Selepas cerita sedih oleh ADUN DAP Datuk Keramat iaitu YB Jagdeep Singh Deo bercerita hal bekerjasama dalam menangani kes banjir yang kini sangat meruncing di Pulau Pinang, DS Zainal yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah menjawab :


Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi
Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang

Rabu, 20 September 2017

Maklumbalas Kepada Kenyataan YB Jagdeep Singh Deo, ADUN Datuk Keramat & EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kita menyambut baik rayuan YB Jagdeep Singh agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama menyelesaikan masalah banjir yang semakin kerap berlaku di Pulau Pinang, khususnya di Lembangan Sungai Pinang. Mengikut laporan sebuah akhbar beberapa hari lalu, sebanyak 23 insiden banjir kilat berlaku di seluruh Pulau Pinang bagi tempoh 2015- hingga September 2017 sahaja.”

“Kita ucapkan terima kasih di atas kesedaran YB Jagdeep bahawa tindakan pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini yang gemar menuding jari dan menyalahkan pihak lain di atas kegagalan mereka sendiri menyelesaikan masalah banjir selama 9 tahun tidak memberikan menafaat kepada rakyat yang terlibat.”

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh terus menyalahkan cuaca dan taburan hujan setiap kali berlaku banjir kilat di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri perlu sedar terdapat semakin banyak kawasan baru yang dulunya tidak pernah banjir kini banjir setiap kali hujan lebat. Berkemungkinan banjir kilat yang semakin kerap berlaku ada kaitan dengan pembangunan hartanah, penarahan kawasan bukit dan lereng bukit yang tidak terkawal dan penambakan laut.

Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberhentikan peruntukan untuk projek kawalan dan tebatan banjir di Negeri Pulau Pinang walaupun Kerajaan Negeri diterajui oleh DAP sejak 2008. Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM 2 billion untuk projek-projek kawalan banjir di Pulau Pinang; (RMK 10: 2006 – 2010) RM 1.493 billion termasuk RM 34 juta untuk pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang, (RMK11: 2011 - 2015) RM 404.5 juta. Peruntukan RM 150 juta untuk Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang telah diluluskan pada November 2016.

“Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang sejak DAP jadi Kerajaan Negeri pada 2008?”

“Kita tidak nafikan dulu pun berlaku banjir kilat tapi sekarang banjir kilat lebih kerap berlaku. Kini setiap kali awan hitam di langit, rakyat Pulau Pinang jadi gusar dan khuatir banjir kilat akan berlaku lagi jika hujan turun lebat.”

“Kita nak tanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jika Kerajaan Negeri sanggup dan boleh berhabisan RM 305 juta untuk hanya laksana kajian-kajian untuk projek yang tidak diperlukan rakyat sekarang; kenapa Kerajaan Negeri tidak boleh membelanjakan jumlah yang sama untuk menyelesaikan masalah banjir yang sangat memerlukan penyelesaian segera?”

“Negeri Pulau Pinang memerlukan satu Pelan Induk Pencegahan Banjir lebih dari Pelan Induk Pengangkutan. Apa guna bina jaringan jalanraya dan kemudahan pengangkutan darat yang baik jika semua jalan dan kenderaan tenggelam dalam banjir bila hujan turun dengan lebat?”

Terima kasih.


Semua persoalan ini sebenarnya harus dijawab satu persatu oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal. Ini bukan soal tuding jari atau menyalahkan pihak lain, ironinya DAP yang sering berbuat begitu. 

Sekarang kena dengan batang hidung sendiri, apa lagi mereka nak cakap. Kena bertanggungjawab dan jangan cari pasal lagi. Bila dana dah diberi jangan seleweng untuk projek lain!

K7L : Siapa yang seleweng ni?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk