01/06/2016

Wan Azizah Kini Meletakkan Segala Kesilapan PKR Kepada PAS?



Minggu yang sudah kita tahu akhirnya Mesyuarat Majlis Presiden untuk Pakatan Harapan telah dibuat juga walaupun tanpa kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kini sedang dalam proses dijatuhkan oleh PKR sendiri.

Pas didakwa menjadi punca mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ditangguhkan buat kali kedua dan ketiga selepas gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Wan Azizah Wan Ismail ada berkata maklum balas itu penting memandangkan sebelum ini Pas sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu.

“Kita masih menunggu respons daripada Pas. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. Memandangkan Pas bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini.

“Isu itu menjadi asas dalam rundingan kita, mencari bagaimana untuk selesaikan isu itu,” -
Wan Azizah


Erti kata lain PAS pula yang diletakkan sebagai parti yang bersalah di atas penangguhan mesyuarat Pakatan Harapan. Bukankah mereka sebulat suara menyingkirkan PAS daripada Pakatan mereka?

Sekarang kenapa sibuk nak bincang nak runding untuk PRK? Sudah jadi orang gila talak pula PKR kini? Akhirnya PAS yang dipersalahkan. Kan lucu bunyinya? Dah tiba masa kita benam terus PKR yang sudah hilang arah dan bukan bekerja untuk rakyat.

K7L : Ini wayang kipas lipas...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk