23/06/2016

Selangor Juara Wabak Denggi Untuk Tahun Yang Ke Berapa? #UndurAzmin



Apa yang kita tahu sejak hampir dua tahun ini, Selangor nyata tidak pernah gagal menjuarai kategori ‘negeri paling banyak kes denggi’. Sehinggakan pernah berlaku satu taman perumahan tidak ada rumah yang tiada pesakit denggi.

Apakah kerajaan negeri telah hilang arah dan tidak mempunyai sebarang panduan bagaimana untuk menangani kes denggi di Selangor? Atau mereka sekadar tidak peduli ke atas wabak ini kerana tidak menjadi isu politik besar kepada rakyat?

Jika kerajaan negeri mengambil berat tentulah ia tidak sekadar memperuntukkan RM1.5 juta untuk pencegahan denggi dalam Bajet Selangor 2016. Malah, kerajaan negeri lebih memberi tumpuan dan berminat kepada soal politik de­ngan menaikkan papan tanda untuk kempen membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding nyawa penduduk Selangor dan isu bonus yang berat sebelah.

Semua ini memang berpunca daripada Kerajaan Negeri Selangor. Isu pengurusan sampah di Selangor wajar diatasi bagi mengatasi masalah penularan kes denggi di Selangor yang tidak pernah surut.

Kadang tertanya-tanya mana pergi pihak berkuasa tempatan (PBT). Roboh khemah orang berniaga dan saman parking memang cukup cekap. Tak perlu diajar kadang-kadang. Tetapi berkaitan perkara yang lebih sesius seperti denggi apa tindakan mereka?

.Apapun dilihat Azmin telah tertulis dalam sejarah Selangor sebagai Menteri Besar Nyamuk Aedes kerana zaman dialah wabak ini tidak terkawal.

K7L : Penghisap darah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk