01/06/2016

Masih Menanti Bila Agaknya Azmin Akan Pecat Exco PAS?



Timbalan Presiden PKR yang juga kini masih lagi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan kecewa dengan PAS selepas parti tersebut tetap berdegil meletakkan calonnya di Sungai Besar dan menolak untuk berunding bersama PKR berhubung isu berkenaan.

Kini semuanya sudah selesai apabila PAS mengumumkan Abdul Rani Osman sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Sg Besar. Ini bermakna segala rundingan disahkan gagal 100%.

Kini rakyat Selangor masih menanti untuk melihat tindakan lanjut yang akan dibuat oleh Menteri Besar Selangor ekoran 'ugutan' yang dilemparkan sebelum ini, iaitu akan memecat Exco Kerajaan Negeri daripada PAS.

Tiga exconya di kalangan PAS mungkin akan disingkirkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Difahamkan sekiranya PAS tidak meletakkan calon di Sungai Besar, Azmin akan memujuk Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak bertanding di Kuala Kangsar lantas memastikan pertembungan satu lawan satu di kedua-dua kawasan PRK berkenaan.

Walaubagaimanapun, PAS dengan nada tegas menyatakan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kawasan tradisi partinya bertanding dan tidak akan melepaskannya kepada parti lain.


K7L : Lawan tetap lawan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk