02/06/2016

PAN Yakin Undi Islam Tak Akan Pergi Pada PAS? - Tak Gentar 3 Penjuru!


 

PAN membuat kenyataan paling bongkak apabila berkata tidak gentar dengan pertembungan tiga penjuru kerana mereka telah menjangkakan situasi berkenaan akan berlaku pada pilihan raya (PRK) Parlimen Sungai Besar menjelang 18 Jun nanti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, tiga penjuru adalah satu situasi pasti harus dihadapi di Sungai Besar berikutan tiada kerjasama daripada Pas.

“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.

“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada Pas kerana mereka juga seperti BN, sebaliknya undi berkenaan pergi kepada Amanah atau Pakatan Harapan
,” - Khalid Samad

Hairan juga seorang melayu Islam yang baru-baru ini 'voice-out' untuk tidak menyokong RUU Pindaan Akta Mahkamah Syariah boleh cakap yang undi orang Islam tidak akan pergi pada BN/UMNO atau PAS.

Apapun parti yang telah mengumpulkan sekumpulan badut-badut politik ini bakal menceriakan hari-hari mendatang anda dengan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal dan lucu.


K7L : Boleh sesiapa azankan telinga Khalid Samad?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk