03/06/2016

Muslimat PAS Pula Buat Musuh Dengan PKR?



Selepas Pemuda PAS dilihat sangat agresif menyerang DAP. Muslimat PAS pula mengorak langkah ingin menyatakan hasrat mereka yang tidak menyenangi hubungan politik dengan PKR lagi. 

Usul mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang telah dibuat dan diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan. Ini kerana pada pendapat mereka PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas memusuhi PAS.

Selama ini kita tahu PKR banyak bergantung harap kepada PAS untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya. Dan kita juga nak lihat sekiranya tanpa PAS mampukah PKR berdiri teguh seperti sekarang?

Antara faktor yang menjadi punca usul tersebut dibuat adalah kerana PKR telah meletakkan calon sedangkan PAS telah sedia bertanding di kawasan tersebut dan ia dilihat sebagai pertembungan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kini PKR dalam keadaan yang sangat bahaya. PAN sedang ambil tempat PKR di hati DAP dan PAS pula bersedia untuk menceraikan PKR dan berjalan sendiri seperti dulu. Mungkinkah kita akan lihat 'The Downfall of PKR'?

K7L : PRU14 akan menjadi medan kehancuran PKR dan PAN...

0 ulasan:

Post a comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk