01/06/2016

Azmin Sangat Kecewa Dengan PAS - PRK Sungai Besar Akan Jadi Bukti?



Azmin Ali kini berada dalam keadaan sangat marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dengan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Kepimpinan tertinggi PAS masih bertegas mahu bertanding dalam PRK itu, meskipun sudah dibentangkan senario Parti Islam itu bakal tewas jika pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Tetapi pembentangan terseut seperti ingin memberitahu bahawa PKR parti yang paling sesuai dan mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi tersebut menjadikan PAS seperti tidak mahu dipilih di sana.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan telah menggunakan dua strategi untuk memastikan PAS menarik diri dan membuka peluang PKR meletakkan calon pada PRK Sungai Besar.

Pertama, taktik ugut, di mana Azmin dilaporkan telah mengugut tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bakal dilucutkan jawatan jika PAS masih berdegil mahu bertanding dalam PRK itu.


Apabila strategi itu terbongkar kepada umum, Azmin menafikannya, bagaimanapun disangkal oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku.

Kedua, taktik ancaman mengunakan ‘sumber badan penyelidikan’. Walaupun Azmin tidak mengaku pihaknya berada di balakang ‘sumber badan penyelidikan’ itu, namun dipercayai ia ada kaitan lingkaran inner circle Azmin sendiri.

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir tetapi tidak dinamakan mendedahkan jika PAS bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Parlimen Sungai Besar, parti islam itu akan kalah dan kehilangan kira-kira 3,000 undi.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, antara BN, PAS dan PAN, mengakibatkan BN bakal menang dengan majoriti 5,000 undi. Namun, jika PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN, parti Keadilan dijangka akan menang sekurang-kurangnya majoriti 1,000 undi.

Tinjauan pendapat oleh badan pemikir Pakatan Harapan (PH) yang tidak dinamakan itu menunjukkan PKR mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenangi PRK berbanding dengan PAN.

Kajian berat sebelah itu pula yang menjadi ukuran Pakatan Harapan sehinga hari ini dan tidak mustahil ia juga akan dijadikan bahan kempen untuk memastikan PAS kalah teruk pada PRK kali ini.

K7L : PAN bertanding untuk bagi orang kenal lagi?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk