28/06/2016

Wabak Campak Meningkat - Semua Sebab Kebodohan Keluarga Yang Tolak Vaksin!



Sebanyak 873 kes wabak campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, sekaligus menunjukkan peningkatan 340 peratus berbanding 197 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes demam campak itu disebabkan kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi.

Beliau berkata majoriti wabak membabitkan rumah persendirian (63.6 peratus), diikuti institusi (28.8 peratus) dan komuniti (7.6 peratus).

"Sepanjang tahun 2015, terdapat 1,318 kes wabak demam campak dengan dua kematian dan belum ada kematian pada tahun ini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 66 kes wabak demam campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, iaitu peningkatan hingga lima kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Pada 2014, hanya 11 wabak demam campak dilaporkan (bagi tempoh berkenaan) dan meningkat kepada 57 wabak pada 2015," katanya.

Bagi wabak cacar air atau chicken pox, Dr Noor Hisham berkata, 109 kes dilapor pada tahun ini iaitu menurun 34.7 peratus berbanding 167 pada 2015 dan 125 pada 2014.

Katanya, tiada kematian akibat cacar air pernah dilaporkan dalam tempoh tiga tahun, serta majoriti kes bagi tahun ini melibatkan institusi (90 peratus) seperti taska, tadika, pusat jagaan harian dan pusat tahanan.

Beliau berkata, demam campak dan cacar air adalah penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung kepada titisan cecair pesakit.

Katanya, imunisasi demam campak akan diberikan kepada kanak-kanak pada umur sembilan dan 12 bulan, manakala imunisasi cacar air tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan.

Menurutnya, gerakan antivaksin turut memberi kesan kepada liputan imunisasi sehingga menyebabkan liputan itu boleh menurun sehingga kurang daripada 95 peratus.

Katanya data dari klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes yang menolak vaksin dalam kalangan ibu bapa meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes pada tahun 2014.

Dr Noor Hisham menarik perhatian bahawa campak dan cacar air adalah sejenis penyakit yang amat mudah merebak dan kanak-kanak yang dijangkitinya perlu diasingkan dan tidak dihantar ke pusat asuhan, taska, tadika atau sekolah.

Katanya, ibu bapa dinasihatkan bekerjasama dengan memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi, sama ada pada tarikh hari lahir pertama anak atau semasa kempen imunisasi campak dijalankan dalam komuniti



Ini menjadi masalah kepada orang lain. Disebabkan kebodohan kumpulan anti vaksin. Maka penularan penyakit ini semakin teruk. Hanya kerana ikutkan hati dan keliru dengan maklumat, menjadikan ramai mangsa terlibat termasuk anak sendiri.


Sebab itu kena faham sejarah dan kena tahu mengapa vaksin-vaksin ini diwujudkan. Siap kata haram lah, senjata biologi bagai walhal ini untuk kebaikan bayi serta bayi-bayi yang berada disekelilingnya.

Mari baca pasal vaksin : 

Sebelum vaksin rubela diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS), setiap tahun seramai 20,000 kanak-kanak telah dilahirkan dengan Sindrom Kongenital Rubela yang menyebabkan kecacatan jantung, cacat pendengaran dan kecacatan mental pada bayi yang baru dilahirkan.

Kini terdapat banyak fakta sains yang menunjukkan bahawa tiada kaitan antara MMR (atau sebarang vaksin yang lain) dengan autisme. Malah, penyelidikan terbaru dari Denmark yang melibatkan kajian ke atas 500,000 orang kanak-kanak telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya tiada sebarang hubungan antara vaksin MMR dengan autisme.

Satu lagi masalah yang terdapat pada hipotesis bahawa MMR berkaitan dengan autisme ialah bahawa sebenarnya, campak dalam bentuk semula jadi tidak pernah dikaitkan dengan autisme. Oleh itu, memanglah menghairankan jika vaksin yang merupakan bentuk virus campak yang telah dijadikan lemah dikatakan boleh menyebabkan autisme.

Satu lagi kesilapan yang ditemui dalam hipotesis tersebut ialah vaksin campak yang lemah ini telah dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang berisiko tinggi seperti autisme berbanding dengan campak dari jenis liar yang lebih virulen. - 
Artikel Penuh: Utusan


K7L : Dah senjata biologi bagai..makin gila kumpulan ni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk