08/04/2015

PKR Mahu Peniaga Uptown Terus Rugi?



Sebanyak 189 peniaga Uptown Shah Alam hari ini menggesa kerajaan Selangor segera menyiapkan bangunan sementara Blok B seperti yang dijanjikan sebelum ini setelah tertangguh pembinaannya sejak November lepas.

Wakil peniaga, Hassan Nuruddin mendakwa kegagalan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upens) selaku jabatan terlibat mengurus projek itu menyebabkan mereka kerugian lebih separuh daripada pendapatan bulanan.

Tambahnya, peniaga terpaksa pula menanggung pelbagai kos operasi di khemah sementara antaranya pembayaran sewa penjana elektrik dan sewa lot tanah setelah bangunan asal blok B itu musnah dalam kebakaran Oktober lepas.

"Kami difahamkan Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) ada luluskan peruntukan untuk pembinaan bangunan sementara ini malah dijanjikan siap selewat-lewatnya 15 Mei depan.

"Tapi memandangkan sekarang langsung tiada sebarang kemajuan, mana mungkin siap bulan depan. Kami sudah tanggung kos yang banyak dan amat berharap projek dapat siap sebelum bulan Ramadan nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

K7L : Apa nasib mereka?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk