17/04/2015

@AzminAli Harus Jawab Sebagai Menteri Besar - Soalan 3


 

Selama ini Azmin Ali dilihat sebagai nemesis bagi Tan Sri Khalid Ibrahim sepanjang TSKI menjawat jawatan Menteri Besar Selangor hampir dua penggal sebelum beliau 'dipenggal' oleh Anwar Ibrahim yang gilakan kuasa.

Kini gerak geri Azmin pula menjadi perhatian TSKI yang terlebih dahulu duduk di kerusi panas Menteri Besar Selangor. Jika dulu sering mencari kesalahan orang walapun dalam satu kem, agaknya apa yang Azmin rasa bila dia sendiri kena 'getah' dengan TSKI hari demi hari?

Apapun Azmin Ali kena menjawab sebarang persoalan yang ada sebab kini dia dalam keadaan defensif. Satu demi satu kelompongan dalam sistem pentadbiran di bawah seliaan Azmin Ali nampaknya semakin terbongkar.

Pada hari Jumaat yang mulia ini. Apakah Azmin Ali bersedia untuk berhadapan dengan TSKI dalam menjawab isu-isu berbangkit berkaitan pentadbiran Negeri Selangor khususnya isu air?

Apapun kita msih menunggu. Jadi atau tidak, perdebatan di antara TSKI dengan Azmin Ali berkaitan isu Negeri Selangor. Mungkinkah Sinar Harian berani atur perdebatan atau diskusi sebegini?

K7L : Kalau betul ada sila jemput...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk