13/04/2015

Arwah Nik Aziz Pesan Minta UMNO-PAS Bergabung?


 

Semua orang tahu bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar merupakan anak murid serta protege paling rapat dengan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat. Belajar politik dan juga agama dengan Nik Aziz.

Jadi tidak mustahil sekiranya ada pesanan dari arwah Nik Aziz kepada Nik Amar. Sebab itu Mat Sabu dan Husam Musa cukup benci dengan Nik Amar kerana pengaruh Nik Aziz, kini berpihak pada Nik Amar.

Dan satu pesanan Nik Aziz kepada Nik Amar membuatkan geng liberal dan anwarinnas dalam PAS tak senang duduk serta jadi cacing kepanasan. Satu kenyataan yang bisa menggoncangkan dunia politik sedia ada.

Dikhabarkan bahawa tidak lama sebelum arwah Nik Aziz dalam keadaan tenat, disampaikan satu pesanan penting kepada anak-anak buahnya di dalam PAS berkenaan UMNO.

Pesannya, supaya tidak terlalu menyerang atau mengkritik UMNO kerana jika mahukan Hudud dilaksanakan di Kelantan maka PAS perlu berdiri sama tinggi dengan UMNO bagi memastikan impian arwah untuk pelaksanaan hudud itu berjaya.

Hari ini, kita saksikan UMNO menyokong penuh pelaksanaan Hudud namun apa kata sahabat PAS didalam Pakatan?



K7L : Fikrilah sendiri.. yang mana kaca yang mana permata..

4 ulasan:

  1. bukan perlu bergabungpun. cuma kena rajin duduk berbincang dan cari persamaan. jangan terlalu menunjukkan perbezaan. itu yang lebih berharga disisi agama Islam.

    ReplyDelete
  2. Patut pas join bn baru melayu jadi kuat.

    ReplyDelete
  3. Apabila kaum Muhajirin dan Ansar bersatu kota Mekah dapat mereka takluk.

    ReplyDelete
  4. Salam Bro,jika mengikut perkembangan terkini aku yakin PAS akan berbaik semula dengan DAP dan PKR.Ada kemungkinan PAS cuma berlakon aje nak mengaburi mata UMNO / BN.Jadi UMNO /BN mesti berhati-hati mainan parti pembangkang terutama di masa PRU Permatang Pauh dan Rompin.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk