Janji tinggal janji. Sebab itu Buku Jingga yang pernah diwar-warkan oleh Pakatan sebenarnya hanyalah sampah dan memang layak untuk dibuang sekiranya anda diberikan buku tersebut.
Termasuk manifesto-manifesto yang dibawa oleh puak Pakatan. Terlalu banyak janji-janji bulan dan bintang. Sepatutnya setelah dua kali tertipu, rakyat Selangor khususnya perlu rasa serik dan tidak lagi mempercayai kata-kata manis yang penuh dusta dari Pakatan.
Sama dengan kes-kes yang ada sebelum ini. Segala tuntutan daripada janji manifesto PRU12 mahupun PRU13 tidak tertunai. Terlalu banyak termasuklah baru-baru ini ada seorang wakil daripada Guru-Guru KAFA tampil kehadapan ingin bertemu dengan orang yang sepatutnua tetapi dihalang.
Ia berikutan janji kerajaan Negeri Selangor yang kini dipimpin oleh Azmin Ali tidak menepati janji untuk menaikkan elaun daripada RM1300 kepada RM1500. RM200 tu pun bantuan besar sebab itu mereka beri undi kepada Pakatan yang mempertahankan kerusi Kerajaan Negeri Selangor.
Namun begitu, hari ini mereka telah faham apa makna pembohongan yang sebenarnya. Mendalami rasa apabila ditipu hidup-hidup oleh PKR khususnya dalam membantu rakyat. Tolonglah serik.
Sedih Keris lihat nasib rakyat Selangor. Hanya kroni DAP yang kenyang. Orang PAS pun dilayan macam sampah apatah lagi UMNO dan rakyat biasa. Zalimnya mereka sebagai pemerintah, tuan/puan fikirlah sendiri.
Apapun Azmin Ali wajib jawab. Naik atau tidak elaun-elaun guru KAFA. Tapi naik atau tidak tetap kena laksana. Jangan cakap sahaja pandai. Bagi Guru KAFA pula, dah dapat jangan anggap mereka takkan tipu anda lagi.
K7L : Silap-silap dua tiga bulan je ada elaun lebih lepas tu macam biasa...
0 ulasan:
Post a Comment