16/04/2015

Siri Mengenal Penjenayah Malaysia - Part 10 Rasidi Ismail




Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. 

Dalam kejadian, mangsa, Atan Daud, 90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80 tahun. 

Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak. Mayat isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri. Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76 tahun, dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan. 

Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, unit anjing pengesan dan Unit Forensik berada di kawasan ini sejak petang tadi mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut. 

Polis menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Sementara itu, polis sedang mengesan seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat sekeluarga ini.

Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang daripada mangsa yang dibunuh. Akhirnya pembunuh kejam yang merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek KL. 

Semasa penangkapan itu, suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis. 

Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan bercakap sendiri. 

Sebelum itu, kepala seorang mangsa yang dipenggal gagal ditemui oleh pihak polis sehingga suspek memberikan hasil maklumat. Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam. 

Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi Ismail yang masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari langit. 

Oleh yang demikian, mahkamah Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan. Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut. 

Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus. 

Dengan keputusan itu Rasidi Ismail terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. 

K7L : Jagalah hati dan perasaan...

5 ulasan:

  1. Kenal rashidi ni.... Dia ni baik ...tak sangka jd mcm ni...

    ReplyDelete
  2. SMRAG dulu, memang baik sangat shidee ni. Aku terduduk atas lantai bila tengok muka dia kat TV. Satu demi satu kenangan masa kat sekolah ngan kawan2 datang balik. Pada Shidee tabah dan kuatkan hati. Yang dah jadi tetap dah jadi. Pandang ke depan dan majukan langkah. Kau masih ada emak lagi ...

    ReplyDelete
  3. Sungguh berat ujian ini... membunuh orang yang disayangi dan perlu menghadapi jehidupan seterusnya. Semoga kita semua dilindungiNya dari ujian seberat ini. Semoga rashidi tabah dan ambil peluang membuat kebaikan dan berdoa untuk arwah.

    ReplyDelete
  4. Semoga Rasidi tabah.. kita doakan beliau ya... dari apa yang tuan2 kata.. beliau sgt baik..

    ReplyDelete
  5. Semoga Rasidi tabah.. kita doakan beliau ya... dari apa yang tuan2 kata.. beliau sgt baik..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk