09/04/2015

PKR Cipta Sejarah Hilang Kerusi Paling Banyak Kerana Penjara?


 

Ini semua kerja gila yang dibuat demi kuasa poltik. Terjadi bila kita terlalu ghairah nak tonjolkan diri sampai terlupa akan dunia ini ada undang-undang tersendiri termasuk hukum-hakam agama.

Keris yakin, sekiranya Rafizi didakwa, maka orang ramai akan dihasut sekali lagi dengan dakyah bahawa Undang-Undang kini berpihak kepada kerajaan walhal semua orang sepatutnya sudah tahu bahawa Undang-Undang yang ada di Malaysia bebas daripada sebarang pengaruh.

Ini berlaku kerana orang BN sendiri dihukum jika didapati bersalah. Malahan di Negeri Sembilan ada orang menang untuk berpakaian seperti perempuan biarpun jantinanya adalah lelaki.

Jadi tak peru ada orang percaya sekiranya mereka tak habis-habis dengan nyanyian bebaskan bebaskan itu. Tidakkah rakyat rasa jelek dengan pembea-pembela penjenayah yang telah didapati bersalah?

Sama macam kes Rafizi, apa yang dia buat itu adalah salah laku. Kita biarkan Hakim menjadi Hakim. Kalau semua orang nak jadi Hakim Negara, huru-hara negara ini. Tak percaya?



Cuba lihat babak dalam cerita Dark Knight Rises. Itu adalah gambaran sebenar sekiranya ada sekumpulan rakyat anarkis cuba bertindak sebagai hakim. Tak adil langsung dan semuanya hanya mengikut emosi. Ok habis cerita Batman dulu.


Berbalik pada isu Rafizi. Sebenarnya Keris diberitahu, selain PKR mencipta rekod ahli paling sedikit di antara tiga parti Pakatan, PKR juga sedang mencuba untuk membuat rekod kehilangan kerusi Parlimen paling banyak kerana kesalahan Undang-Undang. Haha!

K7L : Yang penting part Batman tu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk