Keris memang mohon sangat kajian semula untuk pertukaran guru dibawa lebih perhatian oleh Menteri Pelajara. Ini ada coretan daripada blog Cikgu Hailmi :
Setiap pertengahan atau hujung tahun, guru-guru akan mendapat peluang untuk bertukar ke sekolah lain atau menjadi pegawai di Pejebat Pelajaran Daerah dan yang sewaktu dengannya. Tetapi tahukah anda sebab sebenar guru-guru mahu berpindah sekolah. Sebagai seorang guru dan pernah berada di JPN selama satu hari dan melihat gelagat-gelagat guru, maka dapat aku lihat sebab musabab guru mahu berpindah sekolah. Ayuh baca secara senyap.
1) Pertukaran status
Ini merupakan alasan yang paling common untuk guru-guru memohon pertukaran. Guru-guru yang berjaya mendapat jodoh sekaligus menikah dan buat kenduri sudah pasti mahu duduk bersama melayari bahtera dan tidak rela berjauhan.
Sebab tu nak duduk dekat-dekat -_________-
Maka kerana itu memohon pertukaran merupakan perkara yang paling pantas ingin dilakukan kerana amalan PJJ hanya sesuai untuk pembelajaran, bukan perkahwinan.
2) Ancaman
Jangan terkejut sekiranya pekerjaan sebagai guru merupakan pekerjaan yang boleh membawa ancaman. Ancaman boleh datang dari pelbagai pihak. Tak mustahil datang dari ibu bapa pelajar. - Kalau anak saya tak dapat A, cikgu tahulah nasib cikgu. Ibu bapa zaman sekarang memang ramai jenis ugut-ugut cikgu nih. Patutlah budak-budak zaman sekarang pun pandai jugak guna teknik yang sama. Ugut nak bunuh diri, lari rumah. Well, apple doesn't fall far from the tree.
Ini aku dapat dari google. Huii confirm dapat pindah dalam tempoh 24 jam!
terdapat juga ancaman yang diakibatkan dari keretakkan rumah tangga. Memanglah kalau rumah retak semua rasa nak pindah sebab rasa tak selamat. Tapi kalau rumah tangga terbelah dan pasangan jadi gila talak, itu juga boleh diklasifikasikan sebagai ancaman. Dan bila dah terancam, sudah pasti rasa tidak selamat mahu mengajar dengan cemerlang maka cepat-cepat isi borang mintak tukar. Tapi kalau cikgu yang type semua pandang dia terus kata cikgu tu 'mengancam' pun aku rasa tidak mustahil cikgu itu rasa terancam.
3) Gangguan emosi
Pekerjaan yang deal dengan manusia memang boleh mendatangkan tekanan dan sekaligus menyebabkan gangguan emosi. Semua ini datang dari pelbagai sudut sehingga tak mampu lagi ditanggung maka senang cerita pindah sekolah. Dapat sekolah baru seolah-olah dapat rejuvenate diri terus jadi bersemangat waja terus berusaha, yakin boleh!
Macam aku, aku pindah kerana gangguan emosi akibat dari tekanan yang diberi oleh rakan sekerja. Aku tak mahu panjang-panjang cerita, nanti tak pasal-pasal bertambah pula haters yang sedia ada. Aku jenis manusia yang tak kisah banyak kerja sebab konsep aku mudah. Kalau aku rajin, aku buat. Kalau aku malas, aku tak buat. Tunggulah bila aku rajin aku sambung buat. Tapi biasanya aku memang rajin. Hahahaha.
4) Step out of the comfort zone
Macam aku, aku pindah kerana gangguan emosi akibat dari tekanan yang diberi oleh rakan sekerja. Aku tak mahu panjang-panjang cerita, nanti tak pasal-pasal bertambah pula haters yang sedia ada. Aku jenis manusia yang tak kisah banyak kerja sebab konsep aku mudah. Kalau aku rajin, aku buat. Kalau aku malas, aku tak buat. Tunggulah bila aku rajin aku sambung buat. Tapi biasanya aku memang rajin. Hahahaha.
4) Step out of the comfort zone
Berada di sesuatu tempat yang sama untuk satu tempoh yang lama bukanlah perkara yang menyeronokkan. Perasaan jemu dan bosan akan timbul dan untuk menenggelamkannya hanya dengan cara berpindah sekolah. Aku juga antara manusia yang cepat rasa bosan maka kerana itu dahulu aku mahu menjadi PTD. Tetapi ibarat bercerai talak tiga dengan PTD dek kerana satu sebab yang memang aku tak dapat aku atasi sampai bila-bila pun, maka aku memilih menjadi guru. Lagi satu pernah juga aku baca satu kajian pasal kerja-kerja nih di mana bila kita sentiasa buat perkara yang sama untuk satu jangka masa panjang, hilang thrill yang ada dan kita mungkin jadi kurang produktif. Itu yang aku baca dan kalau tak mau percaya pun tak apa. Lagipun sekadar kajian manusia, bukan datang dari Quran.
5) Kerja sembilan jam
5) Kerja sembilan jam
Aku rasa ini akan menjadikan sebab baru kenapa guru mahu bertukar. Aku pinjam ayat Wawa Amran, harus sahaja kita sekolahkan mereka yang ada di kementerian. Aku pasti guru-guru yang berada di Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak sudah tidak senang duduk kerana terpaksa menjadi tikus makmal bekerja sembilan jam dan dalam hati memang ada rasa nak pindah.
Aku pun tak faham kenapa ramai sangat yang dengki dengan cikgu-cikgu nak suruk kerja sembilan jam. Siapa yang kata kerja cikgu mudah mai sini aku tabuh. Pompang-pompang dalam kelas satu period yang 40 minit memang letih tak terhingga especially kalau budak kelas hujung-hujung. Baru satu period. Belum yang lima atau enam period. Tak mustahil boleh datang period.
Secara ringkasnya, semua orang mahu bekerja di tempat yang boleh mendatangkan keseronokkan. Tambah-tambah kerja-kerja yang berkaitan dengan mendidik. Sudahlah jumlah client yang ramai. Belum lagi dengan pengkeranian dan kerja-kerja tambahan yang lain. Sebagai ingatan, sebagai seorang manusia yang ada akal, jangan menyusahkan orang lain di tempat kerja. Walaupun anda tak suka dengan rakan sekerja anda, diam sahaja. Tak perlu nak melaser 24 jam mengalahkan Azwan Ali dan sentiasa mencari salah orang lain dan bila ada di antara rakan anda melakukan kesilapan boleh pula anda pejam mata tutup hati telinga semua. Barulah cikgu-cikgu nih tak ada gangguan emosi bagai.
K7L : Guru-guru pun aset negara jugak.. bukan atlet sahaja...
Kalau semua student macam ni tak apalah jugak. Ini macam...LU PKIRLAH SENDIRI!
K7L : Guru-guru pun aset negara jugak.. bukan atlet sahaja...
Kepada KPM dan kerajaan amnya. Negara Malaysia tidak lah begitu besar kalau dibandingkan dengan negara lain seperti America, China, India, India dan juga Australia. Dan jumlah sekolah di dalam negara berjumlah 10,000. Berbalik kepada "posting" guru dan pegawai kerajaan, dicadangkan KPM bersama-sama kerajaan ambil pendekatan radikal seperti guru yang di pindah ke kawasan lain dibenarkan juga pasangan berpindah bersama, tidak kira pasangan itu guru atau pegawai kerajaan. Di sini kerajaan perlu ambil satu inisiatif untuk membantu pasangan mendapat penempatan tersebut. Bukan kah banyak jabatan, cawangan dan agensi kerajaan di serata Malaysia, walaupun di kawasan remote? Dan bagi pasangan yang pekerja swasta pula, kerajaan dicadangkan membantu memdapatkan kerja bagi pasangan tersebut di pejabat kerajaan persekutuan, atau kerajaan negeri atau agensi-agensi yang berkaitan. Hanya dengan pendekatan serta usaha murni dari pihak kerajaan akan membantu meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan guru dan pegawai kerajaan. Satu lagi cadangan. Kalau pasangan tidak berkerja, kerajaan gubal satu rang undang-undang untuk memberi alaun ihsan kepada pasangan tersebut, mungkin dalam amaun 30% dari gaji pasangan yang berkhidmat.
ReplyDeleteCikgu jugak xde klinik panel. Sakit2 g hospital. Kalau cpt xpe gak. Kalau dekat xpe gak.
ReplyDeleteCikgu jugak xboleh buat pinjaman kenderaan kerajaan. Kakitangan kerajaan yg lain senang2 bleh apply, cikgu adaplah pinjaman bank yg tinggi interest tu.