22/09/2014

@khalednordin Mohon Siasat Kes Pelajar Sekolah Agama Pegang Anjing!



Tidak dapat dipastikan kebenaran samada ini benar-benar berlaku di Johor Bharu ataupun di tempat lain. Andai kata ianya benar, apakah pihak Kerajaan Negeri Johor terutamanya Exco Agama akan duduk diam?

Kedua, jika kenyataan ini hanya satu penipuan untuk mengelirukan rakyat dalam erti kata lain berniat 'menghasut' orang Melayu untuk menjadikan perbuatan 'memegang anjing' sebagai perkara biasa, lebih baik siasat dan tahan pihak yang tidak tahu batas meghormati agama Islam.

Anjing dan Babi begitu tabu bagi masyarakat Melayu. Jangan persoal macam-macam. Tidak kuno pun jika tidak pegang anjing. Kini ada juga Melayu yang otaknya rosak bela anjing. Hukum haram sentuh dan samak dipermainkan.

Mereka pusing 'boleh pegang masa kering' dan sebagainya. Kini timbul gambar anak-anak kecil memakai songkok dan tudung pegang anjing. Nak kata apa? Mungkin anjing tu kering?

Mula-mula anjing. Besok lusa bercium di khalayak ramai pula boleh?

K7L : Takkan Melayu hilang di dunia..selagi berpegang teguh pada ajaran Islam - Hang Tuah!

15 ulasan:

  1. Kene ambil tindakan ni

    ReplyDelete
  2. Mereka adalah kanak2 ( perasaan ingin tahu ) .... tidak salah memegang anjing.. kena samak sahaja... tetapi mengapa mereka melakukan demikian, siapa yang menyuruh dan siapa yang mengambil gambar tersebut dan untuk tujuan apa? Kalau tujuan untuk menghina Agama Islam melalui budak2 sekolah Agama yang memakai songkok, patut kena pancung saja orang tu

    ReplyDelete
  3. X der bila nya haram pegang anjing la bro...Klu pegang sertu/samak jer tangan..pegang babi pun x haram la haih, berburu dengan anjing pun dibolehkan dalam Islam...klu kita makan dua binatang ni baru haram hukumnya...jgn kelirukan orang, x da bilanya anjing jadi taboo dalam masyarakat Melayu..dulu2 org kita bela utk jaga kandang kambing, rumah n ladang lagi..jgn di bagi masuk rumah jer dah la ..pasal anjing tu najis....Atuk sy dulu pun ada pelihara anjing, Kumbang namanya...tp bukan utk dibelai2, cium...utk jaga keliling rumah di kampung...jgn nak di susahkan perkara yang mudah..ky..

    ReplyDelete
  4. err..mana plak mahzab kata haram pegang anjing...??? yg haramnya adalah najisnya...air liurnya...
    maaf tuan admin...study lebih lg nya perihal anjing ni...
    kalau babi yes...mahzab2 muafakat keseluruhan babi adalah haram di sentuh...jika disentuh perlu disamak...

    -smh-

    ReplyDelete
  5. Aduhai jgn jumud sangat,apedah haram pegang anjing cuma najis ja,lepas pegang kalau basah samak je,kering sama kering ok da,benda mudah jgn disusahkan.Teringat zaman dulu2 orang kampung aku banyak juga yg bela anjing bukan utk suka2 tapi faktor keselamatan.Tapi yg jadi terbalik zaman sekarang jantan yg pegang pompuan bukan muhrim tak apa pulak ye,bila tengok anjing hee najis...

    ReplyDelete
  6. tu la pasal, tak tau bezakan antara 'haram' dan 'najis'. anjing jika dipegang dalam keadaan basah, hukumnya najis. najis boleh disamak atau sertu untuk menghilangkan hukum najis tersebut. haram pula membawa maksud berdosa jika dilakukan. tolong berhati-hati bila melontarkan pendapat. pendapat itu haruslah sahih dan boleh membantu bagi tujuan pencerahan, bukan makin gelap gelita.
    p/s; tujuan pandangan aku bukan untuk menggalakkan memelihara anjing kerana ada hadis yang menyebut hal-hal negatif berkaitan memelihara makhluk najis sebagai binatang peliharaan selain untuk menjaga harta dan berburu.

    ReplyDelete
  7. anjing bukanlah haram untuk dipegang, dibolehkan untuk org islam membela anjing hanya untuk menjaga kebun, jaga lembu, jaga warehouse dll. Adalah haram bg org islam membela anjing sebagai binatang peliharaan di rumah. hanya mazhab syafie sahaja yg mengatakan anjing itu najis, 3 mazhab yg lain sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Jangan terlebih Islam dari hukum Islam itu sendiri. Najis dan haram 2 perkara berbeza. Mengapa orang Melayu suka menghina ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  9. Mmg xsalah tp jgn lah galakkan pulak...nnti dh besar dorg ni kalu pegang ajaran agama elok xper gak,masa kecik diberi pegang anjing, dh besar bela anjing luar dalam rumah. Mcm pakaian gak org melayu dulu abis2 pon xpakai tudung, skrg anak dara kuar g pasar pakai sluar pendek

    ReplyDelete
  10. pendedahan yg dilakukan oleh individu berkenaan yang silap. sepatutnya diberikan penekatan berat tentang hal2 bersuci & najis jika nak pegang anjing. bagus diberikan pendedahan pd pelajar,yang anjing juga makhluk Allah..tidak haram untuk dipegang, tetapi perlu disucikan dgn cara betul jika bersentuhan dlm keadaan basah atau secara langsung. tidak kuno jika kita tidak bersentuh anjing, cuma perlu hormat jika ada org islam yg berpegang anjing utk kebaikan (bela utk keselamatan, selamatkan anjing jalanan atau veterinar). dlm isu ini Pn Sharul Anum & Pn Aida Iskandar Orenjus kurang memberikan pendedahan cara bersuci mengikut mazhab syafie & cara yg diajar di sekolah agama.mungkin ada,tetapi tidak dinyatakan dalam entri di facebook.

    ReplyDelete
  11. Ini aku syakPENYAMAQ ISLAM - nak MENGHINA/MENGGERTAK Islam/umatnya!

    Nampaknya makin ramai si ekoq-ekoq PENGGANASBANGKAIBABI DAPBANGKAI yg. ditaja puak SYAITAN Barat-Zionis, termasuk MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, serta pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH SWT cthnya), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA! Mereka juga menggunakan si KAPIRDAJAL Indonesia/Thai/Filipina yg. muka mcm. Melayu utk. jadi PENYAMAQ!

    Lepas tu puak SYAITAN ni siap nak MENGKAPIRkan umat Islam pula!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  12. Dakyah halus. Nak harap Pas? Bodoh xdpt diajar. Ada peluang jd MB pun tolak.

    ReplyDelete
  13. Bodoh betul komen kat atas.
    Liberal atau memang jahil.

    Anjing dan Babi adalah binatang yang BERAT NAJISNYA
    Najis Mughalazah. Jika disentuh tanpa berlapik atau tangan yang basah pada tubuh anjing babi ini maka terbawaklah dengan najib berat.

    Air liur, najis, daging, darah, tulang, bulu.. dn semuanya dikira dalam najib yang sama.

    Ok.. macam mana nak sucikan Najis Mughalazah?
    ya.. bg orang yg faham.. ia kena cari air tanah di basuh dgn 6 bahagian lagi air mutlak.

    Jadi urusan ini mudah ke senang? Untuk apa susah payah mendekati perkara yang bawak najis besar?? Yang tidak ada keperluan pun untuk kanak2 itu bermain2 dengan anjing.

    Seolah2 untuk meliberalkan pemikiran budak2 ini supaya sama sahaja dengan amalan orang kafir?

    Gambar tersebut diambil untuk tujuan menghina anak2 Islam.. seoalah2 dipujuk memegang anjing itu dan seorang dewasa ambil gambar dan sebarkan.. ini dakyah dn fitnah pd Islam. jd apakah ini diharuskan?

    Wahai orang2 yang kata atas sana berhujah dengan akal nafsu, mengapa suka pilih jalan yang tipis ke arah untuk melemahkan Agama? Kenapa nk samakan dengan amalan orang kafir. Tiada keperluan mendesak, dan apakah kita yakin tangan kita sentiasa kering?

    bagaimana dengan peluh atau kemungkinan bulu anjing itu ada basahan atau air liurnya

    Jadi untuk tujuan apa pegang anjing suka2? sedangkan Malaikat Rahmat tidak akan mendekati atau memasuki rumah yang ada anjing atau patung2 berhala!!


    Suruhan ini adalah berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sucinya bekas/barangan salah seorang kamu apabila dijilat anjing dengan membasuhnya tujuh kali. Air yang pertamanya hendaklah dicampur dengan tanah". ( Riwayat Muslim)

    "Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga hewan ternak, berburu dan menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setia hari sebanyak satu qirath." (HR. Muslim, no. 1575)

    Lihat Buku Amrad Al-Hayawaanat Al-Alifah allati Tushiibul-Insan, oleh DR. Ali Ismail Ubaid As-Sanafi.

    Kesimpulannya: Tidak diperbolehkan memelihara anjing kecuail untuk berburu atau menjaga hewan ternak dan tanaman. Boleh juga untuk menjaga rumah dengan syarat tempatnya berada di perkampungan dan dengan syarat tidak tersedia sarana yang lain. Tidak selayaknya seorang muslim mengikuti cara orang-orang kafir; berlari bersama anjing, menyentuh mulutnya atau menciumnya yang dapat menyebabkan berbagai penyakit.


    Sesungguhnya inilah dakyah org2 kafir. Dan org2 Islam jahil mcm kat atas bersungguh2 nak mengejar perkara haram dan syubhah. Sbepatutnya kita jauhkan krn banyak fitnah dan akan terbabas kepada Najis Mughallazah.

    Islam nk didik jadi hamba yang patuh bukan banyak berhujah!

    ReplyDelete
  14. Dlm Islam tak ajar pun suruh pergi belajar bersuci najis mughallazah dengan berjinak2 pegang anjing lepas tu sediakan alatan bersamak dan buat samak..


    Jangan jadi sesat dan menyesatkan. TINGGALKAN BENDA2 YANG SYAK SYUBHAH DAN JELAS HARAM INI!

    Kenapa sibuk sgt nk sokong insiden di atas? bodoh sungguh jika yg menyoal itu ialah Melayu Islam. Kita sepatutnya jauhkan anak2 dr insiden dan dakyah mcm ni sbb sudah banyak penyesatan lain yang perlu difikir.

    Apa punya sesat lh. Dh kata Haram dan najib besar dibawa oleh anjing dan babi ini so tinggalkan lah.. apa susah sgt? nak lawan je keje?

    lainlah kalau tak sengaja.. tersentuh.. atau dikejar anjing!

    ReplyDelete
  15. Anjing dan babi tu najis mughalazah. Jika x de sebab wat apa nak dipegang2? Banyak lagi benda lain yang x najis boleh dipegang.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk