16/04/2015

Bimbang Hilang Sokongan Melayu - DAP Hantar Ejen Melayu Pujuk Hadi?



Jika sebelum ini DAP menggunakan strategi character assassination (serangan peribadi) kini mula mengubah kepada bentuk pujukan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi dan kepimpinan ulama PAS sebelum ini disarafkan DAP sebagai ‘kumpulan UG’ – kumpulan yang mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Namun, sejak kebelakangan ini, DAP dilihat mula menukar rentak daripada menyerang kepada pujukan.

Ia dikesan daripada kenyataan ‘anak emas’ Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada media dua hari lepas.

Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dilaporkan Malaysiakini mengingatkan PAS supaya tidak terjerat dalam “perangkap” UMNO buat kali dua kali.
Zairil membuat peringatan itu sebagai mengulas kenyataan Hadi yang menyifatkan wajib berunding dengan UMNO berkenaan pelaksanaan hudud.

Hadi yang sebelum ini dilabel sebagai penipu, dipujuk Zairil agar mengingati kembali penipuan yang dilakukan UMNO terhadap PAS pada 1970-an.

Zairil mengingatkan PAS mengenai insiden apabila ditipu selepas penyertaan parti itu dalam kerajaan campuran, rampasan kuasa semasa Kelantan ekoran darurat serta tragedi Memali pada 1985.

“Hadi Awang bukan orang baru dalam kancah politik Malaysia. Beliau seharusnya faham bahawa UMNO cuma lunak kepada PAS ketika mereka terdesak memandangkan UMNO sendiri yang menghalang pelaksanaan hudud pada 1993.

“Bagaimana pula dengan tragedi Memali pada tahun 1985? Sekiranya PAS ingin bekerjasama dengan UMNO, tidakkah mereka perlu terdahulu menuntut kebertanggungjawaban terhadap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya?,” katanya.

Dalam kenyataan medianya, Zairil turut bertanya mengapa Hadi tidak mempersoal kesanggupan UMNO membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan langsung tidak menunjukkan minat untuk membentangkannya di negeri yang mereka kuasai.

“Malahan, Presiden UMNO sendiri terus mengelak daripada menyatakan pendiriannya berkenaan hudud, sementara terdapat menteri UMNO yang terus-terang menolak pelaksanaan hukum tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Zairil yang juga penolong setiausaha kebangsaan DAP itu turut mempersoalkan tindakan Hadi yang dianggapnya terburu-buru mewajibkan bekerjasama dengan UMNO walaupun parti itu banyak kali dikhianati.

Malah, katanya, sikap Hadi juga berbeza dengan pemimpin sebelumnya seperti bekas presiden Datuk Fadzil Noor dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilihat sentiasa tegas dan lantang dalam isu yang melibatkan UMNO.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu menekankan nilai Islam, keadilan dan amanah serta menggalakkan sikap istiqamah bersama pakatan pembangkang bagi menumpaskan UMNO dan BN.

“Mengapa Hadi Awang begitu terburu-buru untuk mewajibkan kerjasama dengan Umno setelah banyak kali dikhianati mereka (UMNO)?

“Setelah berkali-kali ditipu oleh UMNO, PAS seharusnya sedar dan tidak menjadi pelanduk yang melupakan jerat,” katanya lagi.

K7L : Pecah Palak Mikir punya pandangan memang best..

2 ulasan:

  1. Zairil christopher lim memang 100% darah cina bukit. Sebab tu dengki mendengki, hasut menghasut dan batu api adalah sebati dalam darah daging cina bukit anti-Melayu ni.

    ReplyDelete
  2. Tahun 70an Zairil nipun pakai lampin lagi. Hang tau ka apa sebab pas dipecat? Depa yang bergaduh sama depa sampai jejaskan BN hang tau dak? Cina pukimak yg konon dah jadi melayu. Pak tiri hang Khir joharipun aku ingat macam mana dia nak ketepikan tulisan jawi masa jadi menteri pelajaran.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk