13/01/2015

PATI Sengaja Kena Tangkap Untuk Pulang Ke Indonesia Secara Percuma? @imigresenmy



Melihatkan gambar² daripada Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui jalan udara telah menyebabkan saya menulis artikel tak seberapa ini. Cuma saya berharap, Pembaca² untuk artikel kali ini adalah terdiri daripada rakyat Indonesia yang bertaraf PATI. Kalau para Pembaca warganegara Malaysia barangkali boleh dijadikan panduan untuk memberi nasihat kepada PATI² berhampiran mereka. - Rezqeen Hill


Keris tertarik dengan artikel daripada RH. Kini kita lihat usaha untuk mengurangkan PATI di Malaysia giat dijalankan. Memandangkang PATI semakin bertambah kian hari sejak daripada dahulu. 

Maka ia memang perlu dikawal dari masa ke semasa. Tetapi kita mengambil langkah Tangkap-Hantar Pulang. Tetapi adakah kita ambil kira cara untuk membendung? Keris cadangkan beberapa perkara :

1. Mereka yang ingin bekerja di Malaysia perlu mendapat sijil daripada Klinik Kesihatan Malaysia sahaja.

2. Wujudkan Lesen Pekerja Asing. Mereka hanya diberi masa kurang daripada dua tahun sebelum renew semula.

3. Pihak majikan yang tidak mengikut arahan akan diambil lesen berniaga atau lesen yang berkaitan.

4. Tutup jalan-jalan tikus dengan menempatkan tentera di kawasan yang dikenalpasti.

Maaf. Ini hanya cadangan daripada Keris. Bimbang dengan kebanjiran warga asing. Rasa tidak selamat pula didalam negara sendiri. Saban hari kita melihat bilangan warga asing di Malaysia semakin hari semakin ramai. Sehinggakan pada sesetengah tempat di Malaysia ini dikuasai dan dibanjiri oleh mereka.

Cuba pergi ke shopping complex kawasan Klang, penuh dengan mereka sahaja. Cuba naik bas di kawasan Kuala Langat, memang warga asing sahaja yang penuh. Naik tren dari Serdang, awang hitam bukan main banyak sampai mereka naik juga ke koc wanita.

Pernah anda lihat anak gadis Malaysia diganggu oleh warga asing? Keris pernah lihat depan mata sendiri. Bayangkan yang diganggu itu saudara perempuan kita. Nak tunggu jadi apa-apa baru nak kisah?

Jangan kerana lambakan warga asing ini rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun pihak PDRM memang menjalankan tugas mereka dengan baik. Jika anda menemuramah mereka, rata-ratanya tidak mempunyai pengesahan yang sah.

Bagi beberapa pembawa masuk warga asing pula. Taktik mereka adalah dengan membawa masuk warga asing dengan passport dan visa pelancong. Setibanya di Malaysia akan ada beberapa tekong moden yang ambil dan buat permohonan di Imigresen. Tak boleh juga salahkan Imigresen kerana mereka menerima permohonan mengikut prosedur namun pengawalan tampak sedikit kurang.


Apapun kita cuba selesaikan sama-sama. Usaha Imigresen patut disokong dan dibantu oleh rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat prihatin.

K7L : Bimbang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk