15/01/2015

Gadis Hampir Diculik Warga Asing @imigresenmy



SHAH ALAM – Seorang pelajar tidak menyangka insiden wanita atau kanak-kanak diculik menggunakan van putih seperti yang sering dibacanya di dalam akhbar dan laman sosial hampir menimpa dirinya.

Dikenali sebagi Nor, 21 tahun, pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur, masih trauma dengan kejadian yang berlaku pada 8 Januari lalu di sebuah perhentian bas di Jalan Subang Perdana, di sini.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, dia sudi berkongsi insiden cemas yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu.

Difahamkan, ketika kejadian dia sedang menunggu bas untuk ke Stesen KL Sentral.

Ketika itu, terdapat tiga lelaki, dipercayai warga asing, di perhentian bas itu.

“Kawasan sekitar pula agak lengang. Hanya ada dua pemandu teksi dan seorang peniaga di gerai menjual kuih berhampiran.

“Tidak sampai beberapa minit di situ, tiba-tiba datang sebuah van berwarna kelabu dengan cermin sisinya (kiri) mungkin tercabut. Van itu berhenti di hadapan saya.

“Terdapat tiga lelaki di dalamnya. Pemandu serta seorang lelaki duduk di hadapan, manakala seorang lagi duduk belakang. Kelakuan mereka seperti lelaki gatal yang suka mengusik,” katanya.

Menurut Nor, lelaki yang berada di bahagian penumpang belakang turun dari van dan menarik tangan kirinya.

“Bimbang perkara buruk berlaku, saya terus merentap tangan, bangun dan lari ke arah pemandu teksi. Saya syak lelaki itu mungkin mahu merompak atau melarikan saya," katanya.

Berdasarkan pengamatan Nor, lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an, bertubuh kurus, kulit hitam manis, memakai kemeja-T dan seluar denim.

Menurut Nor, ketika kejadian, di tangannya hanya ada RM2.50, cukup untuk membayar tambang bas. Beg duit, komputer riba dan telefon bimbit pula di dalam beg galas.

Nor, yang masih ketakutan, tetap mengambil keputusan menunggu bas. Dia bimbang sekiranya dia berjalan pulang, dia akan diekori lelaki itu.

“Dada saya berdebar. Kaki pula masih sakit akibat terseliuh. Lelaki itu masih tidak berganjak dan terus memandang tepat ke arah saya.

“Tidak sampai lima minit kemudian, bas datang dan mereka masih di situ. Sebaik tiba di rumah ibu saudara di Kepong, saya menceritakan hal itu dan menghubungi kedua-dua ibu bapa,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang, semalam.-SH
 
Bahaya bukan? Inilah yang membimbangkan Keris. Sebab itu kita kena kawal. Kesian juga pada polis kalau perlu handle jenayah yang dilakukan warga asing. Mereka ini licik kerana tiada pengenalan diri yang mudah kita trace lebih-lebih lagi jika mereka PATI.

Apapun kita berusaha membendung perkara ini dari terus berlaku dengan melakukan langkah pertama. Iaitu kurangkan kemasukan warga asing dan kedua kita kurangkan jumlah mereka di Malaysia. Boleh baca ulasan panjang Keris di SINI.

K7L : Selamatkan Malaysia..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk