26/01/2015

@Zapa__ Mahukan Tindakan Diambil Terhadap Editor @fmtoday


 

Aktivis media sosial Zaparuddin Abdul Rahim meminta pihak berkuasa menyiasat penulis portal FreeMalaysiaToday (FMT) bernama Mariam Mokhtar berikutan artikel yang berunsur hasutan.

Dalam laporan polisnya, Zaparuddin mengepilkan tulisan bertajuk 'Allah ruling reveals Malay weakness' yang ditulis Mariam dan siarkan tarikh 23 Januari lalu.

Menurut Pengerusi Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT Malaysia itu, Mariam kerap mempersoalkan isu kalimah Allah telah melampaui batas dan pertikaian ini akan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia.

"Hujah dangkalnya yang kononnya kaum Melayu adalah lemah sehingga kononnya terpaksa mengharap kepada larangan kalimah Allah ini adalah amat tidak berasas sama sekali," ujar beliau kepada pemberita di perkarangan balai polis Dang Wangi pada Isnin.

Katanya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan hal berkenaan isu-isu yang sensitif seperti keagamaan dan perkataan suci demi memelihara kesejahteraan rakyat, jadi isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi.

"Mariam menghasut rakyat membenci Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dengan menuduh beliau bermain dengan api dan menari mengikut rentak ekstremisme. Paling berbahaya sekali apabila dia mengaitkan isu kartun dan pembunuhan staf Charlie Hebdo di Prancis dengan keadaan yang sama di Malaysia. Seolah-olah Malaysia ini tidak selamat dan menuju ke arah kancah rusuhan dan peperangan.

"Selain itu, Mariam menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan fahaman Wahhabi sedangkan kita semua tahu Malaysia mengikut mazhab Shafie dan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuduhan sebegini memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan umat Islam di Malaysia serta memberikan persepsi negatif di kalangan bukan Islam.

"Di dalam artikel tersebut juga dia ada menuduh dan membuat tanggapan buruk kepada Islam dengan mengatakan seolah-olah Islam melarang golongan wanita untuk keluar bekerja. Dan ada yang terpaksa menjadi pelacur kerana tidak boleh mengharap kepada sistem kebajikan di Malaysia. Jelas ini adalah satu penyelewengan fakta dan berniat jahat.

"Ini bukan kali pertama Mariam menulis artikel tanpa asas dan bukti yang kukuh. Telah beberapa kali dia memfitnah Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia tanpa apa-apa bukti yang sahih," ujarnya.

Zaparuddin mengharapkan polis segera menyiasat Mariam dan mengambil tindakan tegas kerana mendakwa penulis FMT itu mempunyai agenda jahat untuk menghasut dan melaga-lagakan rakyat Malaysia.-26/1/2015

K7L : Mariam akan lawan Zapa?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk