05/09/2014

Hati-Hati Fitnah Perihal Kubur Rasulullah! - Terima Kasih @penaminang


Hati-hati kerana hari ini fitnah untuk memecah belahkan Umat Islam sedang berjalan dengan kuat.

Oleh : Jebat

'Kerajaan Arab Saudi Mahu Memindahkan Kubur Nabi'.
'Arab Saudi mahu musnahkan kubur Nabi'


Ini antara tajuk-tajuk yang selalu bermain di media massa terutama sekali media masa maya. Ketika menerima berita semacam ini, penulis mula tertanya-tanya. Apakah benar perkara ini akan berlaku? Jika ya, dari mana sumber maklumat yang mereka perolehi? Siapa penulisnya?

Persoalan ini menyebabkan penulis membuat sedikit penyelidikan. Dan hasilnya mendapati, tulisan-tulisan seperti ini kebanyakkannya ditulis oleh Dr. Irfan Al-Alawi yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengarah di Islamic Heritage Research Foundation (Yayasan Penyelidikan Warisan Islam).

Setiap tahun, Dr. Irfan Al-Alawi menulis perkara yang sama, dan disiarkan dalam laman web yang sama. Semacam ada agenda tertentu yang cuba mereka lakukan. Berikut merupakan senarai 'cerita-cerita' palsu yang dikarang oleh Dr. Irfan Al-Alawi.

2011- http://t.co/c9fjNaSQKV

2012- http://t.co/hcaWIbzZE8

2013- http://t.co/Joad5uuCws

2014- http://t.co/Kywt5DHL20

Melihat kepada aqidah dan ideologi Dr. Irfan Al-Alawi, penulis dapati beliau mempunyai kaitan yang rapat dengan dunia sufi, salah satu cabang yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad ï·º atau dilakukan oleh para sahabat.

Malah dalam satu keterangan yang ditemui, penulis mendapati Dr. Irfan Al-Alawi ini bertugas sebagai seorang pengarah antarabangsa di Pusat Pluralisme Islam selain menjadi tenaga pengajar Universiti di London dan California selain menjadi felo penyelidik di Universiti Leiden, Belanda.

Jadi persoalan yang timbul disini, bolehkah pengarah pusat pluralisme agama ini dipercayai dan diangkat ceritanya sebagai satu 'fakta'?

Dan kami cuba mencari fakta menerusi laman-laman web dari Arab Saudi mendapati tidak ada sebarang cadangan sepertimana yang didakwa oleh Dr. Irfan Al-Alawi. Fikir-fikirkanlah semula. Jangan disebabkan salah maklumat maka kita menabur fitnah.

Baca artikel kami sebelum ini yang berjudul Makkah Bukan Muzium Disini http://www.penaminang.com/2014/04/makkah-bukan-muzium.html#axzz3CCpcEGUp .

Rujukan :

http://www.islamicpluralism.eu/WP/?tag=dr-irfan-al-alawi
https://www.youtube.com/watch?v=C4-KLmpMTM4
http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Alawi_al-Maliki

K7L : Jauhkanlah diri daripada terhasut..

2 ulasan:

  1. K7L, ini bukan hasutan tapi inilah propaganda Wahabi dan musuh2 Islam untuk hapuskan ketamadunan Islam di Mekah dan Madinah.
    Kenapa Saudi begitu rancak meroboh semua ini sejak berdekad lalu jika benar Saudi mahi memelihara martabah tinggalan sejarah Islam, lebih2 lagu peninggalan rumah2 para Sahabat dan juga Sayiditina Fatimah, Puteri Baginda Nabi SAW.

    Lihat juga betapa peliknya Saudi bina menara jam berekabentuk barat terlalu tinggi melebihi syiar Kaabah dan Masjidil Haram?

    Dengan track record Wahabi di Saudi, apakah tidak mustahil mereka akan lakukan juga pada Makam Rasulullah SAW, konon atas nama utk hapuskan syirik pemujaan?

    Tuan blog, belajar Agama bg kenal Nabi dulu baru cakap ini hasutan atau tipu. Musuh2 Islam berada di mana2.
    Semua negara dunia akan pelihara binaan sejarah mereka. Kenapa Saudi terbalik?

    ReplyDelete
  2. Saudi Arabia yg bertuankan dinasti So'ud memang tak boleh dipercayai. Merampas bumi Hijaz dengan bantuan British dan Israel serta dipecah belah (divide and rule) menjadi beberapa negara. Kemudian menyebarkan fahaman2 Muhammad Abdul Wahab untuk memecah belahkan umat Islam. Suka sangat membida'ah kan mereka yang tak sealiran dan nampaknya binaan yang berkaitan dengan Rosulullah pun nak diruntuhkan atas alasan supaya tiada pujaan tapi sebenarnya supaya umat jauh dari peninggalan sejarah.. Lama kelamaan Rosulullah hanya atas lembaran kertas dan makin jauhlah dari hati umat Islam. Itulah salah satu cara dia masuk jarum....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk