24/09/2014

Khas Buat @niknazmi @adamadli - Hasut, Dihasut, Penghasut #KekalAktaHasutan


Kisah drama MB Selangor PKR sudah berakhir. Kini isu yang lebih penting perlu diperjelaskan. Keris memegang pendirian tidak perlu mansuh Akta Hasutan 1948. Berkenaan dengan isu ini. Keris ingin memetik artikel daripada University News Capital yang digarap dengan cantik dan mudah faham.


Akta Hasutan 1948 menjadi satu perbincangan yang hangat tanpa kira latar belakang penghujahnya. Namun sebelum kita memilih untuk menyokong mana-mana gerakan saya percaya kita harus membelek waima Akta ini. Jangan hanya membaca daripada Facebook ataupun blog-blog politik.


Demografi

Sebelum diulas lanjut pendirian penulis mengenai Akta Hasutan ini, pembaca perlu melihat dari aspek yang lebih besar. Sejarah mengenai kewujudan Persekutuan Malaysia yang berasaskan aspirasi nasional. Kita mempunyai tiang seri serta tapak yang perlu kita faham.

Kerana pemahaman demografi yang membentuk masyarakat Malaysia inilah secara sejarahnya telah digubal satu perlembagaan untuk memelihara hak pribumi ataupun Bumiputera. Pasti ramai telah faham mengenai Kontrak sosial yang dipersetujui oleh bapa-bapa nasionalis kita. Maka lanjutan daripada ini semua hak yang dipersetujui pra kemerdekaan iaitu mengenai hak keistimewaan orang melayu, Raja-raja Melayu perlu dihormati.

Jangan kita lupa juga, fakta tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang berlaku kerana mulut sesetengah pihak yang melancarkan provokasi kepada kaum Melayu. Isu seperti mengeluarkan kenyataan Melayu balik kampung dan berarak dengan penyapu gergasi benar-benar membawa kepada pertelingkahan yang diakhiri dengan bermandian darah.

Justeru, sebagai sebuah kehidupan yang majmuk, mahu atau tidak setiap pihak harus tidak bercakap buruk atau menyentuh mengenai hak yang telah termaktub dalam perlembagaan walau dengan apa alasan sekalipun. Selepas umur Malaysia yang mencapai 57 tahun ini, isu pemuafakatan ini tidak harus menjadi barah yang mengheret kita ke kancah yang mundur ke belakang.


Akta

Ada yang berhujah dengan tunjuk ajar pak cik Facebook bahawasanya Akta ini menyekat kebebasan bersuara bagi rakyat. Maka ramailah peguam segera yang beroleh ilmu dari “posting” di Facebook berhujah bahawa Artikel 10 telah dicabuli. Samada mereka membaca sampai habis atau tidak Artikel 10 itu tidak lah pula dapat dipastikan. Ini kerana jelas dalam Artikel terbabit yang memberikan kebebasan bersayarat iaitu selagi mana tidak menyentuh mengenai perihal yang sensitif. Parlimen juga diberikan mandat untuk menggubal undang-undang yang bersesuaian untuk memastikan hak bersuara ini dilaksanakan dengan penuh bertanggung jawab.

Menurut seksyen 2 Akta, “menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Frasa kecenderungan menghasut pula diterangkan dengan lebih terperinci pada Seksyen 3 Akta. Penulis kongsikan disini seksyen 3(1) yang menyatakan seperti yang berikut; (a) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau kerajaan, (b) membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu, (c) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau mendatangkan perasaan tidak setia terhadap pentadbian keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri, (d) menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri, (e) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia atau (f)mempersoalkan apa-apa perkara, hak, tarag, kedudukan, keistimewaan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya di seksyen 4 Akta ini membincangkan mengenai Kesalahaniaitu melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau jika dilakukan akan mempunyai kecenderungan menghasut; menyebut perkataan menghapus, mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semuala apa-apa penerbitan menghasut dan mengimport apa-apa penerbitan menghasut. Menurut Akta ini juga setiap kesalahan dibawah Akta ini jika disabit boleh didenda RM5000.00 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Seandainya kesalahan berikut berulang boleh dipenjara sehingga lima tahun.


Hujahan

Justeru dari penerangan ringkas mengenai seksyen 3 dan 4 yang merupakan elemen terpenting pada Akta ini, jelas seandainya mana-mana kita tidak mengeluarkan kenyataan atau remark yang menghina institusi raja, selagi mana tidak menghina kaum lain dan selagi mana tidak melakukan aktiviti subversif kita tidak akan menderita dengan peruntukan Akta ini.

Soalan penulis seandainya tiada perlindungan daripada Akta ini, apakah tindakan yang boleh terhadap mereka yang mempertikaikan perkara 153 iaitu berkenanan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera? Bgaiamana pula penguatkuasa undang-undang menangani mereka yang cuba menghasut dan menggerakkan aktiviti subversif misalnya mengajak rakyat turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dilantik oleh rakyat?

Akta Hasutan bukan digunakan keatas mereka yang mengkritik kerajaan ataupun polisi kerajaan. Tetapi ia digunakan terhadap pihak yang mengadu domba dan cuba bertindak diluar batasan demokrasi yang menjadi tunjang kepada negara kita. Seandainya timbul prosiding di bawah Akta ini yang menyalahi undang-undang, penulis percaya perkara ini boleh dicabar di Mahkamah. Tiada isu. Namun sekali lagi seandainya kita membiarkan tunjang negara kita seperti institusi Raja di hina, dimanakah taat setia yang kita laungkan sebagai rakyat Malaysia?

Mengapa perlu takut andai kita bukan penghasut?

Sumber : 
University News Capital 

K7L : Penghasut nak mansuh untuk senang hasut?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk