03/09/2014

Hina Sultan Maka Akan Dibawa Ke Muka Pengadilan? Sila Laksana Bukan Tin Kosong



Tindakan melampau yang ditunjukkan segelintir rakyat Malaysia menggunakan platform media sosial untuk mengkritik dan menghina pemimpin agama seperti Sultan dan pemimpin-pemimpin yang lain kini tidak akan diberi ruang lagi.

Hal ini diberitahu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di dalam satu ucapan susulan tindakan beberapa pihak menghina Sultan Selangor di laman sosial susulan kemelut yang melanda pentadbiran di negeri Selangor.

Dalam kenyataan itu, Zahid berkata bahwa Sultan seharusnya dihormati memandangkan Sultan ialah ketua agama serta tonggak perpaduan menyatukan rakyat di negeri itu dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang biadap itu.

"Sebagai ketua agama dan tonggak perpaduan, sultan sepatutnya dihormati. Saya berjanji pada diri saya, mana-mana pihak yang didapati menghina sultan, saya akan ambil tindakan mengikut undang-undang," ujar beliau selepas merasmikan satu majlis disini semalam.

Sebelum ini, beberapa akaun twitter dan Facebook dilihat telah mengulas kemelut pentadbiran Selangor ekoran perebutan jawatan bagi kerusi Menteri Besar dengan kata-kata kesat dan juga penghinaan yang keterlaluan dengan niat untuk menghentam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mereka dipercayai pejuang media sosial Pakatan Rakyat dilihat cuba melakukan provokasi melampau apabila mempersoalkan peranan Sultan di negeri itu disamping turut melakukan pengubahsuaian gambar dengan niat menghina Sultan kerana tidak memilih Wan Azizah sebagai calon MB sepertimana dikehendaki oleh Anwar Ibrahim.-UtaraNews.com


Sumber : Utara News

Semoga kita berjaya melaksanakan apa yang dikata. Rakyat menunggu dan melihat apakah mereka yang menghina Sultan ini akan dihukum atau tidak.

Jika tindakan masih lambat dan ada yang terlepas. Maka tidak mustahil puak-puak haram ini akan beranak pinak dengan banyaknya kerana mereka tidak perlu bimbang akan undang-undang di Malaysia.

K7L : Tangkap dan hukum di khalayak paling bagus sebenarnya..

3 ulasan:

  1. hmmmm......ye le tu wak zahid.....

    ReplyDelete
  2. Mana Menteri KDN/ATM yg. baru beriya BERAPI nak MEMPERTAHANkan KEDAULATAN dan KUASA EKSEKUTIF DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita?!

    Dan inilah balanya bila kita ada si AG-LIBERAL-PENGKHIANAT - yg. dah lama patut diPECAT!! MENÝAMPAH betul aku - SPRM; tolonglah siasat!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. buley blah lah luu zahid...! ko sama aje dgn lain lain ahlul politik yg pentingkan besar perot sdiri.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk