26/09/2014

Sekolah Satu Aliran - Kata Nak Hapuskan Sifat Perkauman?



Sumber : Utusan

Rasanya sudah lama kita dengar pasal isu Sekolah Satu Aliran ini. Puak DAP sahaja yang sibuk berbunyi. Kini perkara itu disuarakan semula. Jika tanya Keris, secara peribadi Keris bersetuju dengan cadangan itu.

Bayangkan mereka yang bersekolah di SJK(C) sukar untuk bercakap dalam bahasa Kebangsaan Malaysia. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, tidak salah untuk hapuskan ataupun jadikan sekolah Jenis Kebangsaan sebagai sekolah tambahan.

Kalau asyik nak jaga hati DAP, PRU13 dah membuktikan mereka berani memberi tsunami menentang Barisan Nasional. Jadi kalau teruskan cadangan ini tetap tiada masalah sebab mereka pun bukan menangkan BN. No harm sebab BN tetap menang. Masa untuk 'retain' sokongan yang sedia ada.

Berbalik kepada sekolah satu aliran. Molek kiranya pihak KPM membuka semula kertas cadangan sekolah satu aliran dan perhalusi. Ianya demi keharmonian negara. Jika sejak sekolah mereka telah diasingkan melalui sekolah 'kaum', maka bagaimana perpaduan ingin terbentuk?

K7L : Ada sebab DAP nak kekalkan sekolah Jenis Kebangsaan...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk