PDTM mengulas dengan baik. Keris tertarik buat kali pertama dengan tulisan beliau. Mari kita bac apa yang dikarang beliau.
Raptai bagi istiadat majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini Isnin berlangsung tanpa kehadiran bakal menteri besarnya.
Acara rasmi bagi majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada pagi Selasa dan difahamkan juga pengumuman rasmi mengenai nama menteri besar yang baharu hanya akan dibuat pada pagi Selasa sebelum istiadat majlis angkat sumpah.
Tiga calon sudah pun disenarai pendek dan telah menghadap dan 'ditemuduga' Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.
Mereka ialah Timbalan Presiden PKR dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Persoalan yang timbul sekarang dimanakah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?
JENTERA PORAK PERANDA
Namun gerakan itu tidak dipersetujui oleh Parti PAS dengan membantah keras tindakan memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.
Memburukkan lagi keadaan apabila keengganan Khalid menurut arahan parti hingga menyebabkan beliau dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta.
Kegelojohan PKR dan Wan Azizah yang gila mahu berkuasa di Selangor telah menyebabkan berlaku perpecahan kepada kelompok yang menyokong Wan Azizah dan Khalid.
PAS tidak terkecuali dan perbalahan dalaman Parti PAS semakin teruk apabila Parti Serpihan PAS ditubuhkan melalui jelmaan sebuah NGO yang digelar PASMA.
Gerakan dalaman itu dengan beraninya menentang keputusan Ulamak hingga serangan demi serangan dihalakan kepada Presiden Parti itu hingga memaksa Tuan Guru Haji Hadi Awang membuat “Road Show” bagi menenangkan ahli Parti yang telah bertelagah sesama sendiri.
Tanpa memperdulikan nasib parti dan rakyat yang menyokong, mereka mengambil risiko besar dengan meneruskan kempen dan gerakan-gerakan bagi “menghalalkan cara” yang sememangnya salah.
Anggapan mereka gerakan itu, dilihat mampu untuk melonjakkan sokongan simpati kepada Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut, manakala di pihak PAS pula menerangkan kepada ahli mereka bahawa amat penting bagi mereka mempertahankan nasib Khalid yang teraniaya.
Setelah masa berlalu, tuduh-menuduh berlaku, parti porak peranda, malangnya hari ini tiada Wan Azizah dalam senarai pendek Istana dan PAS masih bergelut menyelamatkan parti yang telah terpecah dua.
APA SUDAH JADI…
Dimana maruah Wan Azizah sebagai Calon Menteri Besar paling kontoversi?
Setelah puas berlegar ke seluruh pelusuk tanahair dengan suami tercinta mengapa nama orang lain pula yang tersenarai?
Adilkah semua ini? Dan dimana pula maruah Anwar sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat?
Soal siapa menjadi Menteri Besar akan terjawab esok tetapi jika yang terpilih itu Azmin Ali bagaimana tindakan Parti Keadilan Rakyat?
Bukankah PKR telah menetapkan bahawa hanya Wan Azizah sahaja yang akan dilantik sebagai Menteri Besar dan disokong oleh pakatan mereka dari DAP.
AZMIN LANGGAR PARTI…
Azmin dilihat telah melanggar amanat dan arahan parti mereka sendiri apabila terpilih dalam senarai pendek Calon Menteri Besar Selangor.
Maruah PKR kini kian tercalar kerana kegagalan kepimpinan dan ahli mereka dalam mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dalam mensyuarat di peringkat kepimpinan tertinggi parti.
Anwar Ibrahim pula sebagai Ketua Umum kini dilihat tidak lebih sebagai bapa tua bodoh yang tidak mampu menasihati anaknya yang sedang melakukan onar mencemar maruah keluarga.
Azmin Ali jika terpilih boleh dikatakan seorang ahli politik yang hebat kerana Berjaya mengalahkan Anwar Ibrahim yang selama ini dilihat sebagai pakar atau bapa politik pembangkang Malaysia.
Azmin Ali wajib dipecat dari Parti keadilan Rakyat!
Azmin Ali wajib menjelaskan kenapa beliau perlu menyenaraikan atau membiarkan dirinya disenarai pendek sebagai Calom Menteri Besar Selangor sedangkan parti telah memutuskan hanya Wan Azizah yang layak untuk kerusi tersebut.
Ingat!! Khalid dipecat kerana gagal mematuhi arahan parti yang melibatkan kegagalan Khalid dalam hal tadbir urus negeri kononnya ada kaitan dengan hal air Selangor.
Jadi bagaimana Azmin?
Tidakkah dia ini jadi anjing yang dibagi makan kemudian menggigit pula tangan tuannya?..
Apakah keputusan Anwar sebagai Ketua Umum? Wan Azizah sebagai Presiden Parti? Dan keputusan Majlis kepimpinan Tertinggi parti?
Azmin Ali wajib dipecat dari Parti keadilan Rakyat sepertimana yang dilakukan terhadap Khalid Ibrahim!!!
Khalid dipecat sbb x ikut ketum
ReplyDeleteAzimin confirm akan ikut cakap ketum , so wat pe nk pecat
Azmin or Anwar or Azizah jd MB , sama sahaja
Satu cara , satu matlamat
Azmin org plg setia Anwar beb. Dia tidak akn sesekali dipecat.
ReplyDeleteJangan harap la. Kan bini nombor 2 anwar tu
ReplyDeleteSemakin menarik komentar para pemerhati politik berkenaan perlantikan YB Azmin Ali sebagai MB.
ReplyDeleteDSAI seperti akur dengan keputusan Sultan Selangor. Presiden PKR pun telah mencetak kenyataan menarik diri dan setuju dengan pengumuman istana.
Berpolitik adalah kebijaksanaan. Jawatan Menteri Besar adalah tanggung jawab. Kalau benar YB Azmin Ali juga adalah MB kawalan jauh..... saya fikir rakyat Selangor akan bangkit menentang dan bukan sahaja YB Azmin Ali akan dicantas rakyat bahkan PKR akan lenyap di bumi Selangor.