25/09/2014

Drama Atau Menyelit Bagaikan Ular? - Azmin 'Menang' Akhirnya! #LangkahKejung #TeamAzmin




Polemik MB Selangor Lebih Epik Dari Kisah Sang Kelembai

Berakhir sudah kisah drama epik garapan tuan director Syaiton Anwarin Ibrahim. Episod akhir kemelut Menteri Besar Selangor yang dimulakan dengan Langah Kajang bertukar tajuk menjadi Langkah Kejung.


Segalanya telah berakhir setelah Sultan Selangor membuat keputusan untuk memperkenankan Azmin Ali sebagai Dato' Seri Menteri Besar Selangor yang ke-15. Ironinya Anwar Ibrahim seolah membisu tanpa bicara.

Kisah kepingin kuasa kepada Azizah lebih dongeng dari kisah Sang Kelembai. Persamaan jalan cerita, Anwar yang bertuakr menjadi 'Batu'. Kisah epik ini tercatat dalam sejarah hitam Keluarga Anwar Ibrahim. Mereka gagal dalam skrip yang mereka garap.

Azmin 'Menang' Akhirnya 

Siapa masih ingat dengan khabar angin 2008 apabila PKR-DAP-PAS menang di negeri Selangor. Seluruh negara terkejut dengan kekalahan yang dikatakan berpunca daripada ketamakan kuasa UMNO Selangor sendiri.

Ketika itu nama yang disebut-sebut sebagai MB Selangor adalah Azmin. Namun secara tiba-tiba Khalid Ibrahim yang diberi mandat. Ekoran itu Azmin-Khalid bermusuhan yang berpanjangan sehingga ke hari ini.

Khalid yang pernah menjadi 'kesayangan' Wan Azizah kini hanya tinggal 'bekas'. Kerana kerakusan kuasa Anwar Ibrahim, Azmin bijak mengambil peluang dan 'menang'. Kerusi yang dijanjikan dahulu akhirnya dapat dalam genggaman.


Anwar Perlu Belajar Dari Azmin Ali Erti 'Tunggu Masa'


 

Anwar seharusnya belajar daripada Azmin Ali. Dia menyelit bagaikan ular tatkala PKR dalam kesempitan mencari ruang untuk menjadikan isteri Anwar yang juga ADUN Kajang sebagai MB Selangor.

Kegagalan meyakinkan pihak Istana membuatkan Azmin mula melobi secara senyap-senyap. Akhirnya dia dapat kerusi yang sepatutnya menjadi milik dia lapan tahun yang lalu telah berjaya.

Jika Anwar yang kepingin kuasa Perdana Menteri suatu ketik dahulu bersabar sedikit, sudah pasti dia merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Namun Allah itu Maha Mengetahui. Segalanya ada asbab tersendiri. 

Bagus juga Anwar tidak punya kuasa jika tidak tergadailah Malaysia. Kini belum sampai seminggu 'kemenangan' Azmin. Kita lihat mungkinkah ada drama baru atau sambungan episod untuk siri kedua.

K7L : Langkah Kejung ... huhu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk