25/11/2015

Orang Sabah Tidak Mahu Nurul Izzah Jejak Kaki Ke Sabah?



Kira-kira 200 orang awam dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan usul meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengecam tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berjumpa dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.

Usul itu diserahkan oleh Presiden Pakatan Pro Barisan Nasional (BN) Zulkarnain Mahdar selaku jurucakap kumpulan itu kepada wakil Speaker DUN di pintu masuk bangunan DUN di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan usul itu, Zulkarnain berkata, usul itu bagi memohon Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali menyampaikan kepada anggota DUN supaya mengecam tindakan Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dikatakan bertanggungjawab mengaturkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel.

Katanya usul itu juga meminta sidang DUN membuat keputusan mengharamkan kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.



"Kami mahu mesej ini sampai kepada Nurul Izzah dan Tian Chua. Hati kami orang Sabah cukup terguris. Tindakan mereka ini membuka luka lama yang telah kami cuba lupakan trauma itu.

"Kami tidak mahu mereka menjejakkan kaki ke Sabah, sebagai tanda solidariti kepada keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban ketika (mempertahankan negara) dalam insiden (pencerobohan Lahad Datu) itu," katanya.

Zulkarnain berkata usul itu merupakan reaksi bagi mewakili seluruh penduduk Sabah yang kesal dengan tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua.

Kumpulan itu turut mengadakan demonstrasi spontan dan aman bagi membantah tindakan dua pemimpin PKR itu selama kira-kira dua jam di hadapan pintu masuk bangunan DUN sebelum bersurai, dengan dipantau rapi anggota polis.- BERNAMA

 

Inilah dia pemimpin Pakatan. Selama hari ini mereka sememangnya tidak pernah fikirkan hak Rakyat. Dengan ini mesej daripada Nurul Izzah apabila berjumpa dengan 'jurucakap' penyerang Lahad Datu, membuatkan kita terfikir, apa sebenarnya hubungan sebenar PKR dengan keluarga Kiram.

Rakyat Malaysia kena ingat bahawa Nurul Izzah juga merupakan anak kepada Presiden PKR. Erti kata lain ibunya sudah tentu tahu apa yang ingin dibuat oleh Nurul Izzah. Hari ini tangisan Lahad Datu, siapa yang carikkan hati mereka?

K7L : AMK ada kata yang izzah buat keje bodoh?.. Bila masa dia pandai?..

1 ulasan:

  1. pada nurul izzah dan tian chua, kalau kamu benar2 berani dan hebat , datanglah ke sabah lagi ...silakan datang , kami akan menyambut kedatangan kamu di airport dengan permaidani darah !!!

    jangan cabar orang sabah, jangan ingat kami ni patung tidak ada akal dan perasaan , sukuplah sekali kami dihina dikeji , cukuplah sekali bumi kami berdarah, jangan sampai Tian chua dan izzah mati tak berdarah !!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk