Akhirnya sebabkan tekanan media sosial. Masjid Negara tampil berikan pencerahan. Keris kongsikan artikel Siakap Keli.Bilik wuduk khas untuk golongan VVIP di Masjid Negara di mana ia menjadi perbualan ramai.
Kerana isu ini, pihak Masjid Negara menerima kritikan daripada netizen kononnya mengamalkan sistem kasta dalam agama Islam namun di sebalik kritikan ada yang mempertahankan tindakan itu kerana kata mereka hanya mereka yang selalu solat di Masjid Negara tahu mengenai perkara sebenar.
Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung isu gambar Bilik Wuduk VVIP yang telah diviralkan oleh pengguna di laman sosial facebook.
1) Kemudahan Bilik Wuduk VVIP
Umum mengetahui Masjid Negara merupakan masjid yang menjadi tuan rumah kepada acara-acara rasmi agama peringkat persekutuan seperti sambutan maal hijrah, maulidur rasul, hari kebangsaan, hari pahlawan dan nuzul quran.
Masjid Negara juga sering dikunjungi oleh SPB YDP Agong, raja-raja, pembesar-pembesar dalam dan luar negara, tetamu-tetamu kenamaan dan duta-duta asing atas lawatan atau urusan rasmi.
Oleh yang demikian amatlah wajar Bilik Wuduk VVIP ini disediakan sebagai kemudahan kepada tetamu-tetamu ini mengambil wuduk bersesuaian dengan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan ruang menunggu VVIP.
Selain itu juga, Kemudahan khas ini mengambil kira prosedur dan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
2) Gambar Bilik wuduk VVIP yang viral agak mengelirukan.
Masjid Negara juga ingin menjelaskan tentang gambar yang diviralkan itu seolah-olah Bilik Wuduk VVIP terlalu eksklusif dengan tanda signage yang besar. Gambar yang diambil itu tidak menggambarkan gambar bilik wuduk VVIP yang sebenarnya. (Rujuk gambar).
Namun begitu Masjid Negara juga berpandangan bahawa setiap teguran dan kritikan perlulah disalurkan dengan cara dan wasilah yang sesuai bukanlah berbentuk provokasi lebih-lebih lagi yang mempunyai niat dan agenda tertentu.
Atas sebab itu Islam mengajar kita setiap teguran ada adab dan tatacaranya. Contohnya, dalam bab solat jemaah, makmum boleh menegur imam yg tersilap dengan kaedah ucapan ‘subhanallah’ bagi lelaki dan bertepuk bagi perempuan. Namun kedua-dua cara teguran tersebut bukan dilakukan dengan cara bertempik atau menepuk dengan kuat tetapi memadai ia dapat difahami oleh imam.
“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.
Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan yang dimaksudkan dengan kata yang lemah lembut itu ialah tidak menegur dan berkata-kata melainkan dengan saling harmoni dan bahasa yang lembut.
Ringkasnya, teguran adalah satu kewajiban di atas dasar “amar maaruf nahi munkar” namun ia perlu dilakukan dengan konsep yang digariskan seperti berikut:
1) Teguran adalah dengan niat dan tujuan baik.
2) Teguran dilakukan dengan hikmah tidak sampai menyinggung perasaan dan boleh menimbul kemarahan.
3) Teguran tersebut tidak sampai mengaibkan, seperti menegur di depan orang ramai dan secara terbuka.
4) Teguran hendaklah dilakukan dengan cara bersemuka atau apa-apa cara yang berniat ikhlas.
Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad
Imam Besar Masjid Negara
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berikut pula adalah perkongsian pengguna Facebook yang selalu pergi ke Masjid negara untuk solat Jumaat yang kami petik dari sebuah komen di sebuah page Facebook yang memainkan isu ini.
K7L : Dah faham?.. haih..banyak hal...
Inilah fikiran pembangkang. Semua salah. Apa yg aku perhatikan kepala hotak pembangkang semua tak boleh pakai bodoh macam ketua mereka.
ReplyDeleteKenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete